Jan 13, 2016

Minyak Bawang Putih Bakar Mujarab Rawat Selesema & Batuk Anak

Minyak bawang putih bakar tak sangka sangat mujarab dan berkesan merawat selesema dan batuk terutama anak-anak kecil. Sebenarnya dapat tips ni dari satu group Facebook . Ramai yang komen kata memang berhasil, apa lagi dengan gigih aku pergi bakar si bawang putih hehe. Ye la, anak-anak ni memang sensitif dengan persekitaran, cuaca yang tak menentu. Nak hantar klinik kadang tu tak sampai hati tengok dorang makan ubat, lagipun tak baik untuk anak-anak. Apa kata kita rawat secara semulajadi .



Apa yang perlu hanya beberapa ulas bawang putih sekali dengan kulitnya. Cucuk dengan lidi, garfu atau apa sahaja untuk mudahkan kita bakarnya. Nak bakar guna dapur gas pun boleh, oven pun boleh. Bakar sampai hitam di luarnya. Sambil tu jangan lupa ,selawat dan berdoa semoga disembuhkan penyakit anak-anak.



Pastikan sejuk bawang putih tang dibakar tadi. Campur sedikit minyak masak atau minyak zaitun. Pecah-pecahkan bawang putih tu. Kemudian selawat dan sapu di tengah belakang, tapak kaki, betis dan batang hidung anak-anak. Jangan risau lepas dibakar, bau bawang putih ni tak la kuat sangat. Sangat mild.

Alhamdulillah dua hari lepas tidur malam si Darwiish & Bella tak lena, duk batuk, hingus meleleh... tapi malam tadi duk praktik.... MasyaAllah terus tak de bunyi kahak, hidung pun tak berhingus sangat. Lepas ni korang boleh cuba. Lebih selamat, semulajadi dan kos yang murah. Jangan lupa yakin dengan kuasa Allah. Inshallah semua ok :-)

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Yup.. selalu jg guna cara ni. Lebih jimat dan praktikal sbb semuanya ada kat dapur rmh kita.

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign