Jan 9, 2016

Resepi Durian Crepe




Resepi durian crepe antara resepi yang menarik untuk dikongsikan kepada korang. Durian Crepe antara manisan berasaskan durian dan crepe berintikan isi durian dan krim putar. Seakan bantal comel yang gebu hehe. Memang awesome sangat bagi penggemar durian. Jangan risau kalau jenis yang tak makan durian, boleh ubah kepada buahan yang lain seperti mangga, strawberry, pisang dan sebagainya.



Bahan-bahannya :

Crepe
------
250g tepung gandum
3 biji telur ayam
1 sb gula pasir / halus
1 sk garam halus
500 ml susu segar / Santan
1/2 cawan air
1 biji isi durian
1 sk pewarna kuning


Inti / Filling
-------------
Isi durian secukupnya
300 ml whipping cream



Cara penyediaan:

Crepe
---------
Pukul sebati kesemua bahan menggunakan wishker . Tak perlu sampai kembang. Dapatkan tekstur adunan yang sedikit cair. Makin cair makin nipis crepe kita.

Panaskan kuali leper / non stick pan. Oleskan sedikit minyak. Kecilkan api, tunggu hingga kuali panas, kemudian kecilkan api. Sendukkan aduan crepe dan ratakan ia dengan menggoyangkan kuali. Jadikan ia satu lapisan yang nipis dan tidak bocor. Tak perlu terbalikkan crepe. Biar ia masak begitu sahaja, nanti kita akan dapat 2 permukaan crepe yang berbeza




Inti / Filling
-----------
Lenyekkan isi durian menggunakan garfu / sudu supaya senang untuk digunakan.

Putar krim sehingga gebu, halus, kembang dan berkilat .





Bila kepingan crepe dah siap. Biarkannya sejuk. Bila sejuk baru boleh letakkan inti / filling secara berlapis. Kemudian lipat menjadi 4 segi. Simpan didalam peti sejuk. Enak dimakan waktu sejuk m Yumssss.





TIPS TAMBAHAN

1. Pewarna boleh tukar ikut suka korang :)

2. Boleh gantikan isi durian kepada essen durian untuk dapatkan bau durian pada kulit crepe

3. Untuk dapatkan durian crepe yang bagus, kena letak filling secukupnya, dan mampatkan ia sebelum dibalut.
posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. lama dah tak buat...durian pun tgh mahal kan skrg ni..huhuhu

    ReplyDelete
  2. waaa. senang je rupanya. ingat kan agak complicated. huda akan try buat suatu hari nanti ;)

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign