Jan 19, 2016

Senyum Lebar Dapat Makan Miang Kham

Miang Kham atau Miang Khem antara Thailand appetizer yang nak sangat aku cuba. Miang Kham ni berasal dari Thai dan Laos. Kira macam salad berasaskan daun kaduk yang dibalut bersama campuran seperti kelapa goreng,kacang tanah, hirisan limau nipis beserta kulit, udang kering, halia, bawang merah dan cili api , dimakan bersama sos istimewa Thai.Kira pembuka selera sebelum kita makan hidangan utama. Kalau Korea ada ssambab kan, lebih kurang cam gitu lah. Sebelum ni selalu tengok di Asian Food Channel, macam sedap je, tapi harganya boleh tahan juga kalau di Malaysia. Berbeza mengikut restoran. Yang aku makan ni di Bangkok House RM18 di Sunway Giza kalau di Absolutely Thai RM22 dan yang murah setakat aku survey ada di Thai Rama Restoran RM11




Cantik tak.... wah semangat nak makan. Kalau di sesetengah restoran , campuran tu diasingkan tapi di Bangkok House dorang dah letak siap-siap , tunggu kita lipat dan ngap.




Wahhh bau sos dia menangkap hidung. Tekstur nya agak melekit dan warna keperangan, ada bau macam udang kering gitu. Boleh nampak limau nipis , bawang merah, halia, cili api yang dipotong dadu. Ramuan istimewa adalah isi kelapa goreng yang di potong halus. Dah balut kemas, ngap aje, wah meriah rasa dalam mulut, cukup rasa masam, manis, pedas dan tekstur rangup yang buat aku tak berhenti membalut si Miang Kham ni.





Maaf gambar lain tak ada, punya exited dapat Miang Kham, actually aku order Keaw Teaw Tomyam Seafood RM20 dan Thai Lemon Grass Juice RM6 memang berbaloi makan, rasa masakan Thai 100% asli, dekorasi simple but elegant dan servis yang bagus dan mantop oleh waiter yang handsome lagi sado macam Tony Ja haha. Dan walaupun tak fasih berbahasa Melayu, dorang berjaya terangkan menu dengan baik.


Bangkok House

Lot C-13-01,
Dataran 3 Dua,
Petaling Jaya 46300, Malaysia
posted from Bloggeroid

4 comments:

  1. mcm2 pedas2 sikit rasa dia kan?
    husband suka jgk benda ni tp MG xboleh telan.. tp bgus ni utk kesihtan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, rasa meriah, ada rasa pedas, manis, masin, lemak tapi tak pahit.... betul tu baik untuk kasihatan

      Delete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign