Jan 22, 2016

Sepetang Bersama Family Di Sunway Lagoon

Sunway Lagoon antara taman tema air terbesar di Malaysia. Last berkunjung ke sini masa umur 8 tahun kot huhu. Lama dah . Alhamdulillah baru-baru ni ada rezeki dan kesempatan berkunjung ke Sunway Lagoon dengan anak-anak. Itu pun dapat tiket dan voucher percuma dari company suami. Alhamdulillah dan terima kasih. Ini kira kali kedua bawak si Darwiish ke taman tema air, masa dia umur 3 tahun dah pernah bawak ke Desa Waterpark , so kali ni Darwiish ada Bella , meriah sikit kot.






Wah muka masing-masing exited. Si Darwiish tak dapat imagine lagi tu.... Kami sampai pagi la juga, sebelum tu makan siap-siap dalam Sunway Pyramid Mall tu, nanti tak adalah lapar. Makanan dalam tu faham-faham je la harganya. Tapi kami ada juga kupon makan, cenderahati dan pakaian. Jap logi shopping ye . Harga tiket , maaf tak sure hehe, sebab aku tak ke kaunter pun lagipun kami pergi under company. Uols boleh ke Sunway Lagoonuntuk survey, booking tiket.





Memang luas, sebelum tu recommended korang supaya pakai sunblock awal-awal , naik tengah hari puhhhhh sunburn nanti. Gambar entri ni semua guna sjcam senang kalis air, kecik dan cantik. Yang tu kami naik mini keretapi , keliling sunway lagoon. Best juga, boleh naik walau korang basah lencun.








Kami gilir-gilir jaga anak. Tak berani nak lepaskan anak-anak sendirian. Ye lah, walaupun ada section untuk kanak-kanak dan dewasa dan siap dijaga oleh pengawal , kemalangan atau malang tu tak berbau kan. Si Darwiish memang berani, dengan pelampung tu dia siap nak practice berenang, sampi tak nak naik rehat. Si Bella takut awalnya, tapi ok lepas tu. Seronok tengok anak-anak bergumbira huhu. Oh ye dengan kupon tu suami belikan anak-anak t-shirt, fridge magnet, seluar mandi, dan pelampung. Actually banyak lokasi yang kami tak masuk macam adventure park, nikholodeon park, taman singa, pet, rumah hantu atas faktor anak-anak . Kalau bujangan atau anak-anak dah besar memang kami tapau satu Sunway Lagoon hehe. Family time memang the best moments ever.
posted from Bloggeroid

9 comments:

  1. waaa....syioknyaa...
    mne xp SL ni ...zoo tu dh siap belum ea

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah siap dah, kita org naik mini train je hehe, tengok dr tepi

      Delete
  2. Last bawak Dania 2009 masa tu umur dia 4 tahun rasanya...rasa nak pi lagi tapi tak tahan panas plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la balik memang demam la, panas sangat

      Delete
  3. Replies
    1. haaah best ni baru sebahagian part yg sempat kami terjah

      Delete
  4. Ena bulan dua nanti baru nak ke sini untuk pertama kalinya.. Huaaaa tak sabarrrr bila baca blog akk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ena best la pergi bujangan boleh pergi scream park, extream park semua, bawak bebudak limited lah part nak pergi hihu

      Delete
  5. Dah lama saya tak pergi side main air. Selalu pergi yang main main tu je

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign