Urban Korean Food Murah Dan Sedap Di Dubuyo

by - January 21, 2016

Korean food memang semenjak dua menjak ni menjadi selera aku, sampai cik abanh pun tersuka sekali haha. Selalu makan di food court Mid Valley je, murah, sedap dan dekat. Tapi kali ni nak share pengalaman kami makan di Dubuyo antara restoran yang menyediakan menu makanan Korea dengan gaya urban tapi dengan harga murah dan dijamin Halal. Dubuyo ni banyak outlet, Penang pun ada tau, tapi kami makan di Dubuyo, Sunway Pyramid je.




Meriahkan display food tu, macam real je. Ahhh tengok yang display pun dah craving inikan pulak yang real. Kebetulan time kamI datang ada super value deal promotion , harga serendah RM14 je untuk satu set lengkap makan tengah hari. Boleh tahan crowded , maklumlah time lunch kan




Kami pilit set 2 , harga RM56.85 je lengkap untuk makan 2-3 orang. Sambil tunggu tu mata duk jeling orang sebelah haha, feeling hirup sup macam kat Korea sangat haha.





Kami pilih green tea panas dan sejuk. Seriously sejuk tak sedap kekee. Recommended yang panas ok, sebab tawar. Set ni ada 2 brown rice yang gebu dan lembut. Ada chicken soondubi jigae, honey garlic bulgogi beef, kalp soup dan kimchi serta hidangan sampingan yang very the rangup, fresh, masam yihuuuuu. Sangat sedap dan fresh lagi menyihatkan. Tak snap banyak gambar sebab over exited ler tu haha. Servis bagus, cepat dan waitresses pun ramah terangkan kita yang tak berapa nak korea ni haha.



LG 2.92,
Lower Ground 2,
Sunway Pyramid Shopping Mall, No. 3, Jalan PJS 11/15,
Petaling Jaya, Bandar Sunway, 46150

Operation Hours : 10am - 11pm

posted from Bloggeroid

You May Also Like

12 ulasan

  1. Nampak macam sedap tapi siyes SA x leh makan korean food..x di terima tekak org kampung ni ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA ala cuba sesudu dulu hehe, jarang2 makan boleh lah, selalu tak sio teman :P

      Delete
  2. Kalau betul minat makanan Korea, DUBUYO will be the last place you'll go..hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke Sally allaaaa...meh share port best

      Delete
    2. kat Ampang Point ada satu, Gomonae...

      Delete
  3. Macam Dubu dubu! Eh ke ni dubu dubu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tah pasti la Ardilla, dulu pernah juga ada blogger tegur, tanya ni Dubu2 ke hehe

      Delete
    2. rebranding, Dubu Dubu dah tukar nama sebagai Dubuyo

      Delete
  4. thanksss suggstkann.. tai tkak orang kampung.. nasi je yg daapat trimaa..ahahahaha.. anyway jmput singgah blog saya.. cuci mata http://wanieseuk.blogspot.com/2016/01/songket-sarawak-preview-part-2.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum cuba belum tahu Wanie, tapi memang tempoyak, budu tak boleh lupa hehe

      Delete
  5. Boleh taw dijamin halal tu die ade letak logo halal x kat restaurant die..sbb sy tgok xde pon logo halal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi kaunter, ada certificated Halal...nk lg clear rujuk JAKIM
      ..INshallah...msg² mencari yg halal👍

      Delete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish