Feb 22, 2016

3 Barang Di Ensogo Buat Aku Tak Tidur Malam

ENSOGO antara online shopping yang popular masa kini. Tak terkecuali aku, memang akan rambang mata bila nak shopping di Ensogo. Apa yang bestnya shopping online ni, kita dapat jimatkan masa, tenaga, wang dan petrol. Tak perlu menghadap jam, tol dan berasak dengan orang ramai.  Ensogo boleh dikategorikan sebagai one stop center, maksudnya di suatu tempat kita boleh dapatkan pelbagai barangan, tak kisahlah dari pakaian, supplement, barangan kecantikan, fitness, perabot, barangan elektrik, kanak-kanak dan banyak lagi. Harga pulak memang terlajak awesome, boleh buat perbandingan sendiri. Itu belum cerita bab harga promosi, sales dan diskaun. 





Bagaimana cara shopping di Ensogo ?

Mudah sahaja, kita hanya perlu ke http://www.ensogo.com.my/ , kemudian kita daftar dan isikan maklumat yang diperlukan. Lepas tu kita boleh start shopping. Jangan risau, dijamin selamat berurus niaga di Ensogo. Cara pembayaran pun mudah melalui e-banking, paypal, bayar waktu terima dan lain-lain. Proses penghantaran pun hanya mengambil masa 1-3 hari bekerja. Dan kalau kita download aplikasi Ensogo kita akan dapat potongan harga sebanyak RM20.


Sampai tak tidur malam asyik mimpikan 3 barangan ni haha. Kalau ikutkan nafsu serakan semua barang nak aku beli. Tapi aku pilih 3 buat masa ni. Emmmm doakan murah rezeki dan termakbul lah hasrat dan impian aku ni ye. Jom tengok apakah barangan yang nak aku dapatkan dari Ensogo tu :



Herbalife F1, F3 & Tea sebab sekarang aku dalam misi menguruskan badan dengan nutrisi yang baik. Actually zumba class yang aku join sekarang pun fokuskan pada Herbalife. Memang banyak khasiatnya. Nak join ahli tak ada rezeki lagi. Harga yang ditawarkan di Ensogo pun murah, siap 3 item lagi siap dengan free gift yang tak tahan tu.


Morgan Pan & Grill sangat aku idamkan, nak pulak dalam mood berdiet ni. Macam aku penggemar steamboat, kalau ada pan grill & cooker macam ni senanglah nak masak steamboat dah jimat dekat situ. Design pun comel. Boleh grill dan boil. Umppphhh bestkan...feeling bbg di Korea pulak.





Philips hr7629 Food Processor antara wishlist aku dari dulu. Bila dah ada budget , ada je terguna hehe. Tak terbeli sampai sekarang. Aku suka dan nak food processor sebab ia akan memudahkan kerja memasak aku, jimat masa dan tenaga. Lengkap dengan blade yang berbeza, senang nak kisar daging ke, buat puri ke, cincang bawang dan sebagainya. Philips tu, jenama berkualiti dengan harga awesome .

Sebenarnya banyak lagi tawaran barangan yang menarik di Ensogo. Korang boleh tengok dan buat perbandingan harga, barulah jadi pengguna bijak :)






Hotline
+603 2022 0080








3 comments:

  1. First time dengar pasal Ensogo ni. Ingatkan online shop Sogo.
    Best memang best shop online ni, tapi kekadang postage tu mahal sangat pulak. T___T

    Jemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Pan Grill tu Sha pun nak jugak, hehe. Best boleh selalu grill & stimbot kat rumah :)

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign