Feb 20, 2016

Cerah Berseri Dengan SEKKISEI KOSE' Trial Set

Sekkisei merupakan rangkaian produk penjagaan wajah yang mengkhusus kepada pencerahan dan menyerikan wajah dari Kose' jenama terkemuka dari Jepun. Sebelum ini tak pernah lagi mencuba mana-mana produk dari Kose' , tapi Alhamdulillah baru-baru ini diberi peluang dari Butterfly Projects Malaysia untuk mencuba sendiri Sekkisei Kose' Trial Set secara ekslusif. Wahhh bestnya, sebab inovasi Jepun terutama dalam bidang kecantikan tak pernah mengecewakan. Feeling macam gadis Jepun la lepas ni.




Sekkisei Kose' Trial Set yang diberikan adalah special edition, bertuah sangat hehe. Dihasilkan menggunakan ekstrak tumpuhan semulajadi iaitu coix seed, melothria, anglecia Didatangkan dalam satu pouch pink yang cute , dengan satu gambar 'Setsuka' yang cute memakai kimono.
Terdiri daripada 5 item menarik dengan warna biru yang menceriakan. Antara item tersebut :

Sekkisei White Liquid Wash 20ml
Sekkisei Lotion 100ml
Sekkisei Emulsion 70ml
Sekkisei Clear Whitening Mask 10ml
Bihadagoyomi Mask 3pcs




Pam 1-2 kali Sekkisei White Liquid Wash di atas tapak tangan , kemudian tambah sedikit air dan cuci muka seperti biasa , gosok perlahan dan lembut , kemudian bilas bersih.

Bau memang best, bau natural, tekstur halus je. Tak rasa kering pun kulit muka , rasa lembut dan segar.






Sekkisei Lotion bertindak untuk menyegarkan kulit muka selain membuatkan muka lebih halus dan lembut serta cerah berseri. Mudah saja , guna kapas muka , kemudian tekap pada muka sama macam kita pakai toner. Tekstur tak sama macam lotion yang lain, warnanya jernih dan tidak melekit.

Kalau terlajak rajin , boleh lah seminggu sekali guna Sekkisei Lotion beserta Bihadagoyomi
Mask. Kalau guna mask ni, senang juga, rendamkan saja mask tu dengan Sekkisei Lotion sampai kembang. Pakai pada muka yang bersih 5-10 minit. Tak perlu dibilas.

Suka lotion ni sebab bau nya tak kuat, tak pedihkan muka. Muka pun terasa cerah, lembab dan anjal. Mask tu pulak saiznya kena dengan saiz muka wanita Asia.




Sekkisei Emulsion berfungsi melembutkan kulit muka, selain mencerahkan, pun sama pam 1-2 pam atas kapas muka, dan ratakan pada muka. Wahhhh bestnya bau... macam di spa.Tekstur halus, ringan dan mudah serap. Yang penting tak melekit.





Sekkisei Clear Whitening Mask antara item favorite aku hihi, maklumlah blackhead banyak, kulit mati pun meriah so dengan peel-of-mask ni tepek aja, tapi ingat elakkan terkena mata, bulu kenibg, bulu mata dan bibir.

Sangat best sebab masa nak cabut tak ada lah sakit sangat, tapi semua blackhead tertanggal. Bau pun mild aje.

SEKKISEI KOSE' Trial Set sangat practical, senang dibawa kesana sini terutama untuk kaki travel. Harga pun berpatutan hanya RM99 lengkap sampai mask. Selain kandungannya yang semulajadi , selamat dan natural. Kesan pun sangat awesome. Untuk lebih info :



Facebook Page :


Website :


Instagram :
posted from Bloggeroid

4 comments:

  1. comelnya botol dia.
    btw jom join segmen pencarian bloglist theathra.
    http://theathra.blogspot.my/2016/02/pencarian-bloglist-theathra.html
    Terima kasih sebab support ;)

    ReplyDelete
  2. wahh menarik ni.. tahniah aiin dah bertukar ke dot com.. yeaaa

    ReplyDelete
  3. bestnyer... pakej lengkap trila ni kan?

    ReplyDelete
  4. Wah bestnya. Harga pun mampu milik je.

    Jemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign