Feb 5, 2016

EVENT : WHAMISA Organic Fermentation Cosmetic Kini Di Malaysia

Terima kasih WHAMISA kerana menjemput bagi memeriahkan majlis perasmian outlet pertama yang bertempat di Da Men , USJ dua minggu sudah. Whamisa merupakan produk kecantikan dan penjagaan diri yang diformulasikan dari Korea. WHAMISA berbeza dengan produk yang lain kerana ia berasaskan bunga organik yang melalui proses penapaian semulajadi jadi produknya lebih mudah diserap kerana molekulnya menjadi lebih halus kerana diurai oleh bakteria baik. Uols boleh berkunjung sendiri ke WHAMISA bagi melihat sendiri keunikan dan kehebatannya.





WHAMISA diperbuat dari 99.99% sumber semulajadi dan 95% adalah organik. Tak hairanlah semua produk dari WHAMISA semua berbau wangi semulajadi, bau seperti kelopak bunga dan herba semulajadi. Dan yang paling rare, ia tidak mengandungi sebarang penambahan air , ia hanya mengandungi air botanik atau air dari proses penapaian tadi. Kira macam air ekstrak la. Dan lagi best kebanyakkan produknya mengandung bakteria baik iaitu Lacto Bacilus yang membekalkan nutrient pada kulit si pemakai.



Organic Fermented Seeds Hair Care terdiri daripada shampoo, hair treatment, hair essence dan
hair scalp tonic. Shampoonya sesuai untuk semua jenis kulit kepala dan rambut kerana mengandungi pH4.5 dan diperbuat daripada 95.2% bahan organik bagi membekalkan nutrient dan membantu pertumbuhan rambut.





Terdapat juga set untuk penjagaan keintiman wanita, untuk baby dan penjagaan bibir.







Orga Sun Cream mengandungi SPF 14 melindungi 95% dari sinar UV. Bau bunga sangat, tak melekit. Besttt. Penjagaan wajah pulak ada Organic Flowers Toner, Organic Flowers Special Care, Organic Flowers Cleansing Care dan Organic Flowers Moisture Care & Mask wahhh semua bunga kan. Yang paling aku suka Organic Flowers Fermentation Damask Rose Petal Mist sebab siap asa real rose petals dalam nya. Bau jangan cakaplah memang rose sangat. Segar bila spray di muka. Feeling Korea jap, macam Song Ji Hyo selalu spray kat muka tu kan.




Cenderahati comel dari WHAMISA , boleh tahan berbulan-bulan ni katanya. Tak sabar nak berbunga-bunga dengan WHASIMA


WHASIMA Malaysia

Lot 34A, Persiaran Kewajipan, Damen Shopping Mall,
USJ 1

03-89576628

Official website :
www.whamisa.com.my

Instagram :
https://www.instagram.com/whamisamalaysia/

Facebook :
https://www.facebook.com/WhamisaMalaysia/
posted from Bloggeroid

2 comments:

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign