Feb 25, 2016

Red Velvet Cake Tersedap Di ARTISAN COFFEE BAR

Red Velvet Cake antara kek yang menjadi kegilaan aku selain choclate, cheese dan green tea cake. Red Velvet adalah kek yang krimnya diperbuat daripada creme cheese frosting. Warna merah je kek ni tapi dalamnya ada campuran serbuk koko. Memang best.... Sebelum ni biasa beli di SR aja, tapi kali ni rezeki mencuba red velvet dari Artisan Coffee Bar




Red Velvet Cake dari Artisan Coffee Bar ni besar tau, harga dalam RM12 , sampai tak larat habiskan. Makan pulak sengsorang. Kek nya moist je, creme cheese frosting pulak sama rata je, tak adalah tebal atau nipis. Sedapppp. Air pulak aku minum Lemonade & Lengkuas sebab macam unik je :-)





Rasa nya memang refreshing, ada rasa soda, lemon dan lengkuas. Baik untuk buang angin dan penghadaman. Sebotol dalam RM11 . Memang lain dari lemonade yang biasa.




Besar kan kek tu, sudu punya sudu tak sampai separuh makannya. Wihuuuu. Sangat recommended pada korang yang gila coffee dan kek, selain red velvet macam-macam kek ada, cheese, chocolate, brownies dan lain-lain selain environment yang selesa, cool dan servis yang cepat, bersih dan mesra.



Artisan Coffee Bar

Coffee Shop Bangsar Baru
Level UG (Bangsar Village II)
59100 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

posted from Bloggeroid

11 comments:

  1. Perghhh class betul tempatnya.. Sesuai sangat nak makan kek merah baldu ni... Nanti boleh foodhunting kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan classs sesangat, tp harha affordable kan ena...puas hati..kel gedabak :p

      Delete
  2. wow bestnya. mula la rasa lapar nih. waaaaaaa

    ReplyDelete
  3. sedapnya..memang tergoda bila tengok time lapar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya x leh tengok si RV ni, mesti kalah :p

      Delete
  4. best..teringin nak makan kek ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya kek ni boleh kalahkan kek coklat heheh

      Delete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign