Feb 27, 2016

Resepi Aiskrim Sumi / Jelly

Resepi Aiskrim Sumi / Jelly antara carian terhangat sekarang. Kira aiskrim popular 2016 hehe. Kalau tak silap ia resepi yang dikongsi disebuah group masakan di Facebook iaitu Masak Apa Hari Ini Kalau blur nak masak apa boleh lah uols ke page tersebut ok. Aiskrim sumi / jelly ni unik menarik sebab ada sumi / jelly di dalamnya. Nampak colourfull sesangat.



Bahan - bahan :

3 paket sumi / jelly
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4 tin air
secubit garam



Cara penyediaan :

1. Masak susu cair, susu pekat, air dan garam dalam periuk hingga mendidih. Tutup api, sejukkan sebentar.

2. Buka dan asingkan sumi / jelly di dalam bekas. Kalau nak hancurkan pun boleh. Aku hancurkan bagi nampak gojes hehe. Kalau nak tambah buah dalam tin, nata de coco pun sedap.

3. Sudukan sumi / jelly ke dalam plastik aiskrim secukupnya. Nak lagi senang guna jag. Kemudian masukkan campuran susu tafi, ikat, goncang dan baringkan atas pinggan supaya sumi / jelly tadi serata.

4. Bekukan dan sedia dimakan. Kanak-kanak memang suka. Bagi yang berdiet tak sesuai, sebab manis dan tinggi kalori. Nak rasa boleh je sikit :p Rasanya lebih kurang koktel

posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. Sedap... >_<

    Siap buat jual lagi skrg ni.. Siap hantar kat peniaga2 kecil.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah budak2 suka sangatlah colorful , dah org tua pon lagi suka 50sen sebtang kan ?

      Delete
  2. Kt pasar malam kl org jual rm1 sebtg.. sy ade beli.sedap

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign