Sate Kajang Hj.Samuri Di Hentian R&R Rawang

February 19, 2016

Sate Kajang memang femes ye ? Nak pula Sate Kajang Hj.Samuri Sekarang buat warga Rawang, tak payah pergi ke Kajang kalau teringin nak merasa Sate Kajang sebab di Hentian R&R Rawang ada restoran Sate Kajang Hj.Samuri




Setiap kali singgah mesti ramai pelanggan. Kita boleh makan di situ, sambil melihat staff mereka bakar sate hihu. Apa yang menariknya sate kajang ni besar, lembut, kurang lemak dan kaya dengan rasa rempah ratus. Selain tu kita boleh pilih sama ada nak nasi impit atau ketupat.




Kadang tapau juga bawak balik. RM 0.80 je untuk secucuk sate daging atau ayam. Ada juga sate arnab, tak silap RM2.50 kot, ada juga sate kambing, hati dan limpa. Dan ada sambal cili kering, kalau kuat pedas boleh tambah sendiri. Kuah dia pun sedap dan puas hati. Jangan lupa singgah tau... pekena sate

posted from Bloggeroid

You Might Also Like

4 ulasan

  1. Sedap ye kat RNR rawang punya?? Dulu masa hj.samuri sendiri yang buat memang sedap... Sekarang ni beli kat Kajang pun dah tak best macam dulu.... huhu

    ReplyDelete
  2. saya pun penah makan..memang sedap !

    ReplyDelete
  3. Puan isteri pernah beli satay dekat sini if balik Tg Malim...

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish