Feb 23, 2016

Steamboat BBQ Buffet 3 Dalam 1 The Best In Town

Steamboat BBQ Buffet 3 dalam 1 ??? Ya, biasa restoran steamboat menyediakan hanya steamboat dan grill tapi di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan lain daripada yang lain. Baru-baru ini Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan telah memperkenalkan konsep terbaru iaitu steamboat, grill & pembakar arang BBQ . Alhamdulillah dijemput pihak D'Kayangan bagi merasai sendiri pengalaman menjamu steamboat, grill dan pembakar arang batu. Kiranya dah masuk 5 kali makan di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan. Memang lokasi steamboat terbaik di Shah Alam. Korang boleh baca antara entri review berkaitan D'Kayangan
www.mamadarwiish.com/2015/08/d-bbq-grill-steamboat-shah-alam-review.html



Konsep terbaru ini diiringi dengan beberapa menu baru yang tentunya lazat dan menarik. Antara menu utama yang terbaru adalah skewer . Memang sesuai dimasak menggunakan pembakar arang BBQ. Apa yang menariknya, dengan menggunakan pembakar arang BBQ ni, kita tak perlu lagi menggunakan sebarang marjerin atau minyak. Kan dah sihat dekat situ. Selain kita dapat menikmati bau dan rasa barbeku smokey taste yang menyelerakan. Antara pilihan skewer yang disediakan adalah skewer daging berempah, skewer udang cilantro pepper, skewer daging kicap, skewer sotong pedas cilantro, skewer ikan dori berempah dan banyak lagi. Ianya dihasilkan oleh cef yang 25 tahun berada dalam bidang kulinari.






Antara menu baru yang lain adalah otak-otak, ikan pari assam nyonya bersama sos air asam, kepak ayam berempah Otak-otak memang best.... ikan pari tu pun best, cicah dengan air asam. Memang rambang mata, semua nak makan, tapi ingat JANGAN MEMBAZIR , ambil sikit-sikit, nak lagi boleh tambah....nama pun buffet kan hihu.







Salah satu sebab Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan menjadi tumpuan peminat steamboat adalah kerana pilihan makanan laut yang disediakan tersangatlah banyak, segar, besar dan sedap. Macam-macam ada, sotong, ketam, kerang, lala, pahat, ikan, udang Sayuran pula hijau, segar semuanya, begitu juga beraneka jenis mee yang boleh dipilih selain makan siap masak seperti nasi goreng, mee goreng, nasi lemak, bihun goreng, rendang Dan yang paling win kambing golek pun ada ok






Icy Monster merupakan pemanis mulut terbaru. Ala-ala sorbet gitu. Sedap, sejuk tekak, ada perisa coklat, laici, dragon fruit, jagung, assm boi selain buahan, rojak buahan, kek, abc dan aiskrim. Ok jom makan....





Untuk memasak skewer ni tak perlu lama-lama cukup dalam 3 minit, kalau macam ikan pari tu 6 minit. Memang menaikkan selera bila terbau asap skewer dari pembakar arang ni. Semua sedap, sangat recommended udang pedas cilantro, otak-otak dan dori cilantro.









Oh ye korang kalau makan di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan korang bepeluang menang tudung Fareeda dalam acara lucky draw setiap hari Jumaat, Sabtu, Ahad. Alhamdulillah dalam majlis tu, cik abang kita menang hadiah, jawab soalan hihu. Jangan lupa bawa rakan dan family merasai keenakan menu terbaru di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan.



Harga :
RM40.20 (dewasa)
RM20.05 ( kanak-kanak)

harga termasuk GST

Lokasi :
No 1, Apartment Servis Sri Acapella, 
Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, Shah Alam, 
Selangor Darul Ehsan.

Tempahan :
012 - 2971 091
017 - 3277 904
03 - 55234 979

Facebook :


#dkayangansteamboat
#dkygnsteamboat

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign