Mar 8, 2016

Peeling Skin Treatment Di PRIMIER CLINIC

Kecantikan dan kesihatan amat penting, tak kira bagi kaum wanita dan lelaki. Bagi mendapatkan rawatan, kita perlu berjumpa dan mendapatkan rawatan dari mereka yang betul-betul diiktiraf dan terlatih. Alhamdulillah minng yang lepas diundang pihak PRIMIER CLINIC bagi mendapatkan rawatan. Primier Clinic memang tidak asing lagi bagi mereka yang memntikkan kesihatan dan kecantikan. Primier Clinic merupakan klinik yang menawarkan rawatan estetik yang terbaik di Malaysia daripada mereka yang terlatih dan profesional bagi membantu pesakit. Pelbagai perkhidmatan dan rawatan yang disediakan seperti rawatan pelangsingan badan, menyembuhkan luka dan bekas jerawat menggunakan laser dan banyak lagi. Uolss boleh baca lebih detail mengenai pakej tersebut di Rawatan Primier Clinic


Memang excited bila mendapat invitation ni. Berdebar pun ada, bukan apa muka memang tengah bermasalah, segan pun ye juga. Dah lama tak buat facial treatment. Dalam masa yang sama exited nak berjumpa dengan mereka yang pakar dan mengetahui lebih detail mengenai permasalahan dan cara rawatan dan penjagaan yang sesuai untuk aku.


Jangan bimbang sekiranya kita blur untuk memilih rawatan mana yang harus kita pilih kerana doktor sendiri akan melihat, menilai masalah kita terlebih dahulu. Macam aku memang masalah jerawat lah kan. Doktor mengesyorkan aku menjalani Peeling Skin Treatment memandangkan jerawat aku sedang meriah dekat muka. Doktor bagitahu punca dan sebab berlakunya jerawat, disebabkan hormon, pemakanan, dan keadaan kulit muka aku yang berminyak yeng menyebabkan pori muka tersumbat seterusnya menghasilkan jerawat selain sel kulit mati yang mula terhasil.

Kelebihan Peeling Skin Treatment :

  • Membuang sel kulit mati
  • Menghapuskan kuman / mengawal penghasilan minyak berlebihan
  • Melembutkan dan menghaluskan kulit wajah
  • Menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru



Proses membersihkan wajah

Sapuan trichloroacetic acid (TCA) 

Peeling Skin



Peeling Skin Treatment menggunakan trichloroacetic acid (TCA) peel yang merupakan bahan original dan asas dalam proses peeling / pengelupasan ini. Ia tidah membahayakan manusia tapi membantu melembutkan sel kulit yang bakal di peel / pengelupasan. Dalam proses ni, memang muka ada sedikit rasa pedih dan terbakar yang sedikit, sebab tu pembantu doktor anginkan muka dengan kipas comel tu bagi mengurangkan rasa terbakar dan pedih. Macam aku tepi hidung je yang pedih, kata doktor kalau pedih bermaksud kawasan tersebut terlalu kering.  Kemudian, doktor pun peel kulit menggunakan alatan khas, ok je tak sakit, best pulak hehe. Last sekali doktor sapukan sunblock supaya kulit muka lebih terlindung, lembab dan sihat. Kesan yang optimim boleh dilihat selepas 2-4 kali rawatan. Rawatan ni memang sesuai untuk wanita mahupun lelaki. Antara nasihat doktor :

  • Jaga pemakanan / gaya hidup sihat
  • Guna rangkaian penjagaan wajah yang kurang alkohol 
  • Rajin buat treatment wajah
  • Jangan picit jerawat
  • Pakai sunblock bila lakukan sebarang aktiviti luar




Oh ye, harga bagi setiap rawatan pula sangat berpatutan dengan hasilnya. Uols boleh survey harga di Harga Treatment Primier Clinic tak rugi buat rawatan di Primier Clinic, pasti uols puas hati.



PREMIER CLINIC

TTDI Branch
No 31 Jalan Wan Kadir 2,
Taman Tun Dr Ismail (TTDI),
60000 Kuala Lumpur.
* Same row as Pizza Hut and next to Maxis and Digi Centre

BANGSAR Branch
40 Jalan Telawi Bangsar Baru,
59100 Kuala Lumpur.
* Same row as Post Office and next to Raj Banana Leaf mamak stall

Clinic Hour 
Open : Tuesday - Saturday (10.00 am - 7.00 pm)
Closed : Sunday / Monday / Public Holiday

Phone Contact : 012-662 5552
Email : contactus@premier-clinic.com

Website Dr Elaine Chong : www.beauty-clinic.com
Facebook : Premier Clinic
Instagram : premier_clinic

13 comments:

  1. Mcm menarik je. Klinik ni ada produk kecantikan sendiri ke? Atau hanya bt treatment n bg vitamin kulit je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik, ye ada produk ekslusif macam skin care tu semua pun ada

      Delete
  2. bestnyaa, macam teringin tapi pitih tak banyak T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe pelan2 kumpul, ada rezeki dapat invitation jg mana tau :-)

      Delete
  3. i ada dapat email pasal ni..blom berani nak cuba lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA jgn lepaskan tau, rugi, treatment pun best, atas pilihan doktor sendiri

      Delete
  4. dapat juga invitation ni..berdebar nak pergi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah mula je mmg cm gitu, nanti tak puas :p

      Delete
  5. Untungnya sis.. jeles tau? Hehehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, alhamdulillah jap lg ada la rezeki Kathy pulak :-)

      Delete
  6. tengok macam okey treatment ain ni..ada baca kat blog lain, erkkk..macam ngeri pulak sebab kena cucuk2..tak pe,nnti nak try jugak la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, treatment berbeza ikot masalah kita, haah mula dulu ingat saya kena cucuk n laser juga hehe

      Delete
  7. Dapat juga jemputan untuk buat rawatan Premier Clinic. Cuma tak pasti nak pilih rawatan mana yang sesuai.

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign