Mar 3, 2016

Pretz n' Beanz | Review

Pretzel antara makanan carian paling hot sekarang. Dah lama teringin nak merasa pretzel ni. Apa pretzel tu ? Pretzel merupakan roti pastri yang berasal dari German yang dipintal bentuknya. Kiranya ini first time nak bertemu dan merasa pretzel. Pretz n' Beanz antara lubuk pretzel yang popular dikalangan penggemar pretzel dan kopi. Alhamdulillah minggu yang lepas, kami sekeluarga dan lagi 2 orang sahabat blogger diundang pihak Pretz n' Beanz bagi merasai sendiri mernikmati pretzel yang segar, enak serta handmade selain kopi yang berkualiti.





Sebelum kita bercerita mengenai keenakan pretzel di Pretz n' Beanz , jom kita nikmati seimbas pemandangan di dalam Pretz n' Beanz. Sangat tertarik dengan konsep interior design yang mesra pelanggan dan selesa, sesuai untuk keluarga, perjumpaan perniagaan, lepak dan santai. Kalau nak open air pun boleh, ada bahagian diluar.




Menu utama di Pretz n' Beanz sudah tentunya pretzel dan kopi, tetapi jangan risau menu lain turut disediakan yang memang akan buat korang makan tak berhenti. Pretzel di Pretz n' Beanz lain daripada pretzel yang lain kerana ianya 100% daripada bahan semulajadi, tanpa pengawet, pewarna dan bahan terlarang dan semestinya Halal dan yang paling rare ianya buatan tangan dan hanya disediakan dan dibakar hanya apabila dipesan oleh pelanggan bagi menjamin kualiti, standard, kesegaran dan teksturnya. Terdapat 8 pilihan pretzel yang disediakan :

Origin :
Coated with Sea Salt

Plain :
Plain baked bread

Cinnamon Sugar :
Coated with Cinnamon and Brown Sugar

Sesame Sugar :
Coated with Sesame Seed and White Sugar

Chocolate Cookie Crunch : Coated with Chocolate Sauce and Crunched Cookies

Chocolate Peanut Crunch : Coated with Chocolate Sauce and Crunched Peanuts

Basil Cheese :
Coated with Mozzarella Cheese, Dry Basil Leaf and Sea Salt

Parmesan Cheese : Coated with Parmesan Cheese




Cinnamon Sugar Pretzel RM 6.25
Antara flavor pretzel kegemaran pelanggan disini. MasyaAllah besarnya pretzel di Pretz n' Beanz, hehe besar pada muka. Memang exited sebab ni first time nak rasa pretzel. Wahhh lembut, gebu pretzel ni. Bau cinnamon yang fresh, serbuknya halus dengan gula. Memang best, rasa manis gula diseimbangkan dengan cinnamon powder. Memang sedap.





Basil Cheese Pretzel RM 7.30
Yang ni pun MasyaAllah sedapnya, disalut dengan Mozzarella Cheese , basil dan garam. Rasa cheese yang tidak memuakkan sebab rasa basil yang segar. Oh ye bagi basil cheese pretzel ni, diberi pilihan dipping sauce yang super awesome. Antaranya caramel, chocolate tetapi yang sesuai dengan pretzel yang ini adalah sour cream dan cream cheese




Chicken Hawaiian Pretzel Pizza RM22.15
Kalau nak tahu istimewanya pizza ini adalah doh nya adalah doh yang sama digunakan untuk hasilkan pretzel. Sangat mewah dengan topping, sauce yang sedap, keju yang meriah. Anak-anak pasti suka sebab tak pedas sangat. Rotinya pizza nya pun lembut, gebu je....sedap sangat



Prawn Aglio Olio Spaghetti RM 17.90
Wahh meriah udangnya kan, fresh pulak tu. Siap ada kailan, mula macam pelik, tapi MasyaAllah sedap rupanya , ada rasa kombinasi Chinese dan Itali gitu. Pasta pun dimasak dengan sempurna, sedap dan agak pedas untuk anak-anak.



Royal Salmon Egg Benedict RM 26.40
Yang ni adalah menu top breakfast di Pretz n' Beanz, tapi jangan risau kalau tak sempat nak datang waktu breakfast boleh datang bila-bila masa sebab menu ni dibuka untuk sepanjang hari. Top sellers lah katakan. Mau tak geram tengok, salmon segar yang dimeriahkan dengan telur yang meleleh bila dipotong yummmy, sangat mengenyangkan dan memberikan tenaga kerana diiringi salad dan kepingan roti segar.





Chicken Con Carne Baked Egg RM 17.90
Ini antara menu terbaru di Pretz n' Beanz , mesti cuba tau. Sesuai pada korang yang suka pada satu menu lengkap, tak perlu side order lagi hehe. Sedap sesangat , telur yang dibakar bersama cili, ayam cincang, tomato dan kekacang, tak lupa cheese yang meriah, siap disertakan dengan dua plain pretzel beserta sayuran seperti barang saderi, lobak dan zucchini yang dipotong memanjang untuk dicicah dengan mayonis. Kira macam salad yang menyegarkan. Murah kan ....




Pretz n' Stew Beef Green Curry RM 17.90
Yang ni pun menu baru. Emmm masuk ke pretzel dengan green curry hehe. Itulah yang bermain dikepala aku. Sekali bila makan, tak boleh berhenti korang tau. Green Curry ni tak heavy dan tak memuakkan tapi kaya dengan rasa rempah dan lemak. Sedap bila dicicah pretzel yang lembut tu. Sedappppp . Daging pun lembut dan berjus lagi, pun sama disertakan dengan salad.


Latte RM 11.00


Green Tea Latte RM 11.90


Java Chips RM 13.90


Sparkling Soda Blueberry RM 14.70

Air semua pun sedap. Tapi recommended kat korang Green Tea Latte, mild je rasa dia. Lain dari yang lain. Secara keseluruhan Pretz n' Beanz memang memuaskan dari segi mutu makanan, platting, service dan environment memang best. Rasa makan dengan tenang, relax dan selesa. Cuma car park yang agak susah.Ohhh ye, kalau nak take-away , delivery pun boleh ye. Jangan risau pretzel dari Pretz n' Beanz mantain lembut dan gebu walau dipreheat. Selain dessert yang super awesome. Lain kali nak repeat, nak rasa kek pulak hihi.




Pretz n' Beanz 
22, Jalan Solaris 4,   
50480 Kuala Lumpur, Malaysia  

Phone / Order / Delivery :
-6204 9733 

 Email :
 pretznbeanz@pretznbeanz.com 

Website : 

Facebook :

  Opening Hours: 
 Monday – Thursday & Sunday [7.30am - 12.00am] Friday & Sunday [7:30 am - 1:00am]
posted from Bloggeroid

5 comments:

  1. best kan...semua kat situ semuanya best...

    ReplyDelete
  2. tq for sharing.
    aida x pernah gi.
    maklum ler kat melaka ni payah nak jumpa kedai best.
    semua yg di share tu sodap ya Allah!!!
    bertuah badan...

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign