Mar 24, 2016

The Chicken Rice Shop Sunway Pyramid Jauh Beza Dengan Aeon Anggun Rawang

The Chicken Rice Shop memang terkenal dikalangan penggemar nasi ayam. Dari nasi , ayam dan hidangan sampingannya yang sedap lagi menyihatkan membuatkan kami sekeluarga suka makan di TCRS. Kalau di Rawang ni, hanya ada di Aeon Anggun. Rawang. Tapi memang lama dah tak pergi. Tak silap, last makan di sana Ramadhan yang lepas. Kecewa dengan servis yang lambat, tak mesra pelanggan selain kebersihan yang kurang. Platting pun tak lengkap dengan garnishing yang sepatutnya. Berbeza dengan The Chicken Rice Shop di Sunway Pyramid. Membuak-buak rasa nak makan dengan persekitaran yang bersih, servis cekap dan yang penting hidangan sedap, cantik dan sama garnishing macam dalam menu hihi.



Itu dia bos besar dan bos kecik. Bersiap sedia nak makan hehe. Penuh meja. Jangan tak habis sudah.





Hidangan wajib roasted chicken dan honey bbq chicken sekali dengan oysoyster sauce park choy dan sup bebola. Memang menyegarkan. Ayam memang tender, moist, juicy dan sedap. Sambal cili pun awesome.




Bagi starter kami order kerabu mangga dan semestinya pai tee yang super fresh dan crunchy.
Alhamdulillah.... puas makan. Diharapkan TCRS Aeon Anggun Rawang dapat menaikkan mutu perkhidmatan. Tak adalah kami peminat nasi ayam ni pergi jauh-jauh lagi hihi.


THE CHICKEN RICE SHOP SUNWAY PYRAMID

3, Jalan PJS 11/15,
Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya,
Selangor, Malaysia

posted from Bloggeroid

2 comments:

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign