Apr 19, 2016

Bakar 600kCal Hanya 30 Minit Di FIR Sauna Di MY FIR WELLNESS

Tahukah korang yang kita boleh detox atau menyah toksin dengan bersauna ? Ya selain sauna, amalan minum teh hijau, exercise, pengambilan vitamin C dan penjagaan makanan seimbang membantu menyingkirkan toksin dalam badan. My Fir Wellness menawarkan FIR sauna treatment dengan harga berpatutan dan pakej menarik. Sangat sesuai untuk kita yang nak rehatkan badan sambil berdetox, yang tak ada masa nak workout segala bagai. Just duduk dalam sauna, relax dan rasakan kesannya sendiri hehe.

FIR adalah gelombang tenaga yang mampu menembusi jauh ke dalam badan kita dan perlahan-lahan meningkatkan suhu permukaan badan dan mengaktifkan fungsi badan utama. FIR juga memperluaskan kapilari yang merangsang peningkatan aliran darah, pengedaran darah dan oksigen.



Alhamdulillah last week diundang pihak My Fir Wellness untuk merasai sendiri pengalaman bersauna. Memang dengan pantas dan teruja aku terima, ye la siapa yang tak nak buang toksin dan bakar 600 kalori hanya 30 minit !!!! Hebat kan FIR sauna treatment.





Sebelum kita bersauna di dalam sauna kabin tu, consultant akan merekod bacaan berat, tinggi, lemak, kolestrol tu semua . Nanti selesai sesi FIR sauna treatment kita akan ditimbang lagi, bagi melihat perubahan kadar bacaan sebelum dan selepas sesi sauna tadi.

Sauna kabin ni nampak je kecik tapi boleh muat 1-3 orang dalam satu masa. Kalau bawak suami , kawan mesti best. Tak adalah tercongok kepanasan sorang. Sauna kabin ni macam bilik kecil diperbuat daripada buluh yang dilengkapi dengan FIR, radio, monitor bacaan suhu, air minuman, tuala dan bahan bacaan.





Bila nak bersauna kita disarankan hanya memakai tuala atau naked bagi yang sudi hehe bagi memudahkan proses pengeluaran peluh dan detox. Jangan bimbang untuk tujuan blog aku pakai sesopannya ok.




Satu sesi FIR sauna treatment mengambil masa selama 30 minit dengan suhu sehingga 50°c . Diiringi muzik dan penerangan dari My Fir Wellness. Dalam tempoh bersauna ni badan kita akan berpeluh, dinasihatkan supaya sentiasa mengelap peluh supaya ia tidak diserap semula. Jangan bimbang tahap kepanasan menaik secara berperingkat dan bukannya panas mendadak. Air juga disediakan, so minum air bagi mengelakkan kita terhidrat. Panas dan haba FIR adalah selamat untuk kulit dan organ manusia. So don't worry be happy

Kebaikan FIR Sauna Treatment :

- Membaiki keanjalan dan tona kulit
- Menyingkirkan lemak
- Nyah toksin
- Menjadikan kulit lebih sihat dan muda
- Meningkatkan kadar motabolisme dan tenaga
- Meningkatkan ketahanan badan
- Tidur lebih lena




Oh ye selain FIR sauna treatment My Fir Wellness turut menjual slimming blanket dan foot sauna ergonoplus yang berkesan untuk membakar sehingga 600kCal . Selain sifatnya yang lebih fleksibel selain harganya yang mampu milik. Jadi sesiapa yang berminay boleh menghubungi pihak My Fir Wellness boleh berdetox dari rumah sahaja. Kalau nak jalani treatment slimming blanket dan foot sauna di sana pun boleh.




Memang tak puas bersauna di My Fir Wellness. Kalau nak tahu aku berjaya kurangkan 300gram dari berat aku hanya dengan bersauna selama 30 minit. Amazing sangat. Lepas ni nak bawak cik abang datang sini. Dalam My Fir Wellness terdapat banyak lampu garam kristal ni. Rupanya banyak kebaikan nya seperti keupayaan menyedut ion negatif dan menyerap bau selain cantik sebagai perhiasan. Turut dijual di My Fir Wellness dengan harga yang lebih murah berbanding di luar.

Pada korang , yang sengal badan, lemak berlebih, toksin banyak, sakit lutut, boleh cuba bersauna di My Fir Wellness. 1st trial RM 19.90 je tau. Selain ada pakej yang boleh korang pilih dengan harga yang super jimat :

- 30 sesi hanya RM 798.00
- 10 sesi hanya RM 349.00



MY FIR WELLNESS


MyFIR wellness (FIR Malaysia)

-dimilki oleh
DESTINATION WELLNESS SDN BHD
(COMPANY NO. 1069278-M)

PG-11, Tropics Shopping Centre (Komplek Prima)
No. 15, Jalan PJU 8/1, Bandar Damansara Perdana, 
47820 Petaling Jaya, Selangor D.E.


Hotline :
03-77334613 / 012 254 2997 / 0172272007


Web :

Facebook :

posted from Bloggeroid

4 comments:

  1. Bestnya..nak try jugak la nti..da lama tak manjakan diri..lagipun 300g tu bukan senang nak turun..

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign