Apr 9, 2016

Happy Birthday To Me

Alhamdulillah 31 March 2016 yang lepas, genaplah usiaku a.k.a Mama Darwiish 30 tahun. Sekejap je rasanya. Tahun ni macam tahun lepas tak dapat celebrate bersama mak, abah dan family di kampung, sebab jatuh pada hari bekerja. Tak sah kalau birthday tak peluk cium mak, abah huuuu. Tak sangka pula cik.suami ajak celebrate birthday hehe. Ingatkan dah 30 tahun no more cakes or celebration hehe.




Cik.suami tanya any suggestions tak nak makan di mana? Kesian pulak penat dari kerja, so aku ajak makan dekat-dekat aja, kebetulan Vivo Pizza baru juga la buka di Aeon, Anggun Rawang.





Sekarang tak macam dulu dah, beli kek sampai sebiji hehe. Cukup seketul, kongsi pula dengan bush hati, lebih manis perasaannya. Siap ada lilin, dan background music hehe. Terima kasih buat suami, anak-anak dan pihak Vivo Pizza



Actually ini first time kami makan di Vivo. Konsepnya lebih kurang SR, Pizza Hut dan seangkatan dengannya. Terdapat pilihan menu ala western seperti pizza, pasta, cake, coffee dan sebagainya.





Kami hanya pilih carbonara, chicken with rice dan pizza. Sedap pasta tu, anak-anak suka. Pizza tu hehe, topping licin tapi roti nya bahagian tepi tak habis, agak keras kot, sebab ini pizza version nipis. Yang nasi tu pun best, en.suami kata nasi lembut, ayam juicy, saladnya aku yang makan hehem Bulpppppppp Alhamdulillah sedap, terima kasih hehe. Terima kasih buat korang yang turut mendoakan kesejahtetaan aku sekeluarga. Senang2 boleh cuba menu di Vivo Pizza. Surrounding, servis pun ok, puas hati.

Vivo Pizza
AEON Rawang Anggun Shopping Centre
(Lot G65),
48000 Rawang, Selangor, Malaysi

posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. happy belated birthday akak! :D sedapnya makanan yg ada kat vivo pizza tu! teringin pulak

    ReplyDelete
  2. heppi belated birthday ain, aeon rawang ni dekat sangat dengan rumah kak ana.. hihi :)

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign