Apr 5, 2016

Lindungi Gigi Dengan SYSTEMA

Berus gigi nampak macam perkara atau objek yang remeh untuk diperkatakan. Memang ratusan jenama dan harga berus gigi yang terdapat di pasaran, tetapi adakah ia menepati ciri penting dan bersesuaian dengan jenis gigi, malah gaya dan cara kita memberus gigi. Systema merupakan jenama berus gigi no.1 di Jepun yang menggunakan teknologi tinggi bagi menyesuaikannya dengan pengguna. Minggu lepas, berlangsungnya kempen penjagaan gigi bertemakan Start Right & Brush Right Teeth For Life bertempat di One Utama.




Systema mula diperkenalkan sejak tahun 1993 di bawah Lion Corporation Japan Pada kali ini , diperkenalkan juga satu teknologi terkini iaitu hujung berus setipis 0.02mm yang mampu membersihkan jauh ke dalam celahan gigi, gusi tanpa menyebabkan kesakitan dan pendarahan selain mampu menanggalkan 63% plak serta mengelakkan penyakit periodental. Pada majlis ini juga berlangsung pelbagai acara seperti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, penerangan penggunaan dan pemilihan berus gigi yang betul, cara menggosok gigi yang betul. Dan yang paling menarik, pengunjung boleh mencuba sendiri pengalaman menggosok gigi menggunakan berus gigi Systema serta mendapatkan sesi pemeriksaan gigi secara percuma daripada doktor gigi menggunakan peralatan dan teknologi pergigian canggih dari Jepun. Selain berpeluang membeli Systema dengan harga promosi




Terdapat 7 jenis berus gigi dari Systema. Semuanya menggunakan teknologi terkini dari Jepun, ia berbeza mengikut jenis dan permasalahan gigi serta cara menggosok gigi. Pada yang hadir ke kempen tersebut sememangny bertuah kerana diberi peluang bersoal jawab dengan mereka yang pakar bagi mendapatkan jenis berus gigi yang bersesuaian dengan kita , dengan hanya melengkapkan borang kaji selidik. mengenai rutin memberus gigi kita.

7 Jenis Berus Gigi Systema :

- Comfort
- Compact
- Fullhead
- 3D Clean
- Sensitive
- Spiral
- BI-Level





Systema Comfort adalah jenis berus gigi yang disyorkan untuk aku. Ini disebabkan gigi aku yang rapat, bersaiz kecil dan sukar untuk dibersihkan hingga ke hujung selain , gusi yang sedikit sensitif. Memang best sebab berusnya memang halus, 0.02mm kot hehe, rasa ia tembur ke celahan gigi, tanpa menyakitkan gusi. Selain selesa, mudah dipegang serta harga yang sangat berpatutan.




Selain berus gigi orang dewasa, berus gigi kanak-kanak juga ada, iaitu Kodomo Lion yang semestinya cute warnanya dan pelbagai bentuk dan ubat gigi yang bersesuaian.



Barulah senyumam lebih ceria dengan Systema. Sangat recommended untuk semua kerana ianya direka khas mengikut kesesuaian gigi dan mulut kita dan 9x lebih baik daripada berus gigi biasa Bentuknya pun sangan fleksibel, selesa dipegang dan dapat mengurangkan 66% tekanan semasa menggosok gigi. Sayangi gigi anda START RIGHT & BRUSH RIGHT with System





Laman web :
http://www.southernlion.com.my


Consumer Care Hotline : 1-800-880-133
posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. aida pakai darlie skang.
    sebab lembut berus nyer :)

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign