Apr 25, 2016

Pil Perancang Menggemukkan ?

Pil perancang antara inisiatif merancang keluarga atau merancang kehamilan selain implan, kondom dan sebagainya. Ramai yang bertanya dan bercerita mengenail pil perancang yang boleh menggemukkan atau menambah berat badan. Bukan golongan yang berkahwin je guna pil perancang ni, malah golong maknyah pun guna tau untuk cantikkan kulit dan mantapkan body. 



Sejujurnya aku tak familiar sangat dengan sebarang pil perancang. Pil perancang ni ada jenis tunggal dan kombinasi. Yang tunggal biasanya sesuai untuk ibu menyusu. Sebab kami hanya merancang sendiri hehe. Tapi masa anak pertama dulu pernah ambil juga dalam sebulan dua, jenama Noriday sebab ianya sesuai untuk ibu menyusu.

Sekarang ambil juga Marvelon tapi selalu terlupa hehe. Aku ada buat sedikit research mengenai gemuk dengan pil perancang ni. Actually ia tidak dibuktikan secara klinikal kesahihannya. Sekarang kebanyakkan pil perancang, kandungan astrogen dan progeston lebih rendah berbanding pada tahun 90an dulu.

Astrogen berfungsi meningkatkan selera makan. Tapi sekarang kebanyakkannya rendah astrogen, so ia tak menyebabkan kegemukan. Tapi bagi aku ia mengikut ketahanan dan penerimaan badan individu tersebut ditambah dengan gaya pemakanan dan hidup yang sihat, selain jenis dan jenama pil perancang.Untuk lebih tepat dan selamat boleh terus refer pada doktor. Sebab pil perancang ni seeloknya dengan nasihat dan rujukan dari doktor.

Mungkin ada yang lebih berpengalaman boleh tinggalkan komen korang, kita sama-sama berkongsi ilmu

posted from Bloggeroid

4 comments:

  1. lepas bersalin hari tu,takde lagi ambil pil perancang...mcm akak ni doktor tak sarankan untuk ambil pil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah doktor mmg x sarankan sebab ia boleh mgganggu hormon dan rahim

      Delete
  2. Adalah lebih baik minta advice doktor terlebih dahulu.
    Pil perancang apa yang sesuai untuk kita Mrs. A dah pernah cuba Gynera ikut kawan kata nak kulit cantik tapi badan naik la pulok.

    Kemudian tukar Regividon, Nordett haish! tak sessuai jugak.

    Pastu jumpa doktor kata doktor saya nak pil perancang yang tak nak gemukkan badan Dr suggest Loette alhamdulillah sesuai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam2 jenama kan. Setuju , mmg kena nasihat doktor, sbb x boleh beli sembarangan, kena cek tekanan darah dan tahap kesihatan :-)

      Delete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign