Apr 21, 2016

SR-9 Fat Burner Rahsia Kekal Langsing Dan Sihat



Fat Burner atau pembakar lemak merupakan makanan tambahan atau supplement yang mengandungi kandungan tertentu bagi membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak. Memang sesuai sangat bagi mereka dan aku yang memang tengah berusaha nak kurus, nak buang lemak dan menurunkan berat badan selain menyeimbangkan tahap kesihatan. Adakah fat burner membantu dalam usaha kita menurunkan berat badan ? YA sebab coach diet aku selalu meningatkan bahawa senaman atau workout hanya menyumbang sebanyak 20% dalam menurunkan lemak atau berat badan. Pemakan, gaya hidup sihat dan supplement seperti fat burner menyumbang kepada 80% kepada penurunan tersebut. Memang pening nak memilih , sebab ratusan jenama produk fat burner, detox dan sebagainya di pasaran. Tapi ingat ye, pastikan segala kandungannya selamat digunakan. Jangan kerana nak slim, kurus... akan mendatangkan masalah pada diri sendiri.

Alhamdulillah , minggu yang lepas telah diundang dan diperkenalkan mesra oleh blogger hebat kak Mialiana kepada SR-9 iaitu produk keluaran RBS Network Sdn Bhd iaitu fat burner detox yang kian laris dipasaran bersama 10 blogger hebat yang lain di Bengkel Bersama Blogger SR9 Review, bertempat di Sani Hotel, Kuala Lumpur. Perasaan memang tersangatlah teruja , ibarat pucuk dicita, ulam mendatang hehe. Lagipun ianya merupakan produk Islam, Bumiputera. Diyakini selamat dan Halal. InshaAllah.


Pada event tersebut, kami para blogger diberi penerangan details dari pengasas, SR-9 sendiri. Selain kami diberi peluang merasai sendiri kehebatan SR-9 dan bertanyakan soalan mengenainya. Memang tak disangkan SR-9 kini sudah mendapat tempat dihati rakyat Malaysia terutama bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Dan yang paling mengejutkan ia mampu membantu mengurangkan penyakit kencing manis, darah tinggi dan sebagainya kerana dihasilkan menggunakan ramuan yang berkualiti tinggi.


Penerangan dari pengasas SR-9



Apa Itu SR-9 :
SR-9 adalah minuman Mixed Botanical Powder Sachet ( Orange Flavour ) formula secret 9 yang dirumus khas bagi membantu proses menurunkan berat badan, buang lemak dan detox.Selain bertindak sebagai energy booster, membina otot agar lebih sihat, cergas, menawan dan bertenaga. Sangat membantu dalam :
  • Meningkatkan kadar metabolisma 
  • Mengawal selera makan dengan meberikan rasa kenyang berpanjangan
  • Membakar lemak 200% lebih pantas 
  • Memberi extra tenaga

#BakarLemak #Bina Otot #‎Cergas‬ ‪#‎Sihat‬ ‪ #‎Menawan‬ ‪#‎Tenaga‬ ‪#‎Nakkurus‬ ‪#‎taklapar‬


Kandungan SR-9 : 

Glutamine ,
Mengekalkan otot badan

Creatine
Membantu menyalurkan tenanga

Protein
Membina otot, hormon, enzim, sel, asid nukleik dan komponen imunisasi badan

Asid Amino 
Komponen utama dalam pelbagai metabolisma

L-Carnithine 
Salah satu asid amino yang paling penting untuk mengurangkan berat badan

Fenugreek 
Mengawal peningkatan kadar kolesterol dalam badan

Garcinia Cambogia 
Membantu mengawal nafsu selera makan

Tribulus
Membantu dalam peningkatan hormon tsterone (hormon lelaki)

Catuaba 
Membantu memberi nafas baru dalam kehidupan seksual lelaki dan wanita





SR-9 didatangkan dalam bentuk sachet. Satu jar mengandungi 20 sachet. So senanglah untuk kita sediakan. Juast koyakkan sachet , campurkan dengan air dan sedia diminum. Dan lagi best senang untuk kita bawa travel. Tak perlu usung jar yang besar-besar. Tak perlu shaker pun tak apa, boleh terus dibancuh dalam botol mineral atau gelas kerana sifatnya yang mudah larut kerana serbuknya yang halus. Rasa orennya memang sedap dan menyegarkan. Memang tak rasa lapar uols.


Cara-Cara Pengambilan SR-9 :
Tuang 1 Sachet ke dalam 150 ml air mineral / air kosong dan kacau atau goncang . Untuk penurunan berat badan yang lebih optimum boleh ambil 2 Sachet sehari.Minum semasa perut kosong, bangun dari tidur pagi atau sebelum sarapan. Kalau nak ke gym, exercice, zumba semua tu, boleh minum 1 jam sebelum aktiviti.
Minum sekurang-kurangnya 2-3 liter air setiap hari, elakkan minuman berkarbonat, alkohol kerana menghalang penyerapan khasiat tersebut.





Selama hampir 2 minggu mencuba SR-9  memang dapat rasa kesannya. Kebiasaanya fat burner membuatkan aku terkucil sebelum masa hehe, tapi tidak dengan SR-9 . Proses membuang memang lancar tetapi tidak mengakibatkan cirit-birit. Kalau minum sebelum zumba atau buat kerja ruma memang meriah peluh keluar, badan rasa ringan je. Dan jangan pelik peluh korang tu melekit dan berlendir kerana ianya toksin yang keluar secara detox bila kita minum SR-9 . Lelaki pun memang elok minum, wanita pun tak terkecuali. Ohh ye kalau ibu yang breastfeed macam aku, jangan risau tak ada masalah nak minum SR-9, cuma make-sure baby berusia 6 bulan ke atas. Macam remaja pun boleh aja minum seawal usia 16 tahun. Next week kita timbang ok, tengok berapa kg mampu diturunkan. Jom kita tengok testimoni berjaya SR-9. Sure korang akan terkejut dengan keberkesanannya.



Harga SR-9 :


Harga satu jar SR-9 ialah RM170 (SM) dan RM180 (SS) Tapi tersangatlah jimat dan awesome kalau korang beli sekarang sebab pihak RBS Network Sdn Bhd menawarkan PROMOSI  beli 2 PERCUMA 1 !!! Beli 2 jar SR-9 dengan harga RM320 dan akan akan menerima l jar SR-9 PERCUMA!!!!!!!!!!!  Terlajak awesome kan. Boleh pakat share dengan officemate, hubby, family heheh. Barulah sama-sama slim, fit dan sihat. Jika korang berminat untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut atau berminat untuk membeli SR-9 , boleh klik pautan di bawah :












014 6118445


No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign