Sweet Lunch Di PROOF CAFE & SKY LOUNGE

by - April 03, 2016

Proof Cafe & Sky Lounge merupakan lokasi makan tengah hari semalam sempena memeriahkan event Rohto Eyedrops dari Butterfly Project Msia bertempat di The Singnature Suite & Studio Sri Hartamas. Feeling awesome walaupun on diet hehe. Ternyata makanan yang disediakan memenuhi selera.





Wahhh pemandangan yang segar dan mendamaikan. Tapi boleh tahan tingginya. Lebih dari 7 tingkat kot. Memang best sebab dibahagian luar ada taman, rumput hijau dan bungaan . Rasa fresh.






Minuman bewarna ungu tu memang menyegarkan. Siap ada kelopak bunga. Ada disediakan fetucinni, mix pasta, salad, meatball, grill chicken dan banyak lagi. Jom kita layan dessert pula.







Wahhhh unik kan tart tu. Ada meringue berbentuk bunga. Macam sayang nak makan. Ada fruit tarts, brownies, cheese cake, sponge cake




Ok inilah juadah yang aku ambil. Memang kena dengan tekak, paling aku suka potato salad sedap dan brownies yang mantap rasa coklat .Meringue tart tu pun best, dalamnya ada rasa lemon bg mengimbangkan manis meringue.Bagi korang yang teringin datang makan, celebrate birthday, anjurkan event boleh la datang. Selain facilities yang bagus, modern dan lengkap, boleh menjamu selera di Proof Cafe.


Proof Cafe & Sky Lounge

The Signature Suite &/Studio , Jalan Sri Hartamas 22 ,
Sunway Spk 3 Harmoni ,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia

Dibuka setiap 6:30PG–12:00PG

posted from Bloggeroid

You May Also Like

2 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish