Apr 12, 2016

Tips Penjagaan Mata Dengan ROHTO@ COOL EYE DROPS

Mata antara organ penting yang harus sentiasa dijaga dengan sempurna. Mata yang kering, berair, sensitif dan berhabuk sering menjadi permasalahan kita di zaman sekarang. Mungkin berpunca daripada gaya hidup masa kini seperti menghadap komputer, gajet, televisyen berjam-jam lamanya selain penjagaan dan persekitaran dan pencemaran. Antara tips penjagaan mata adalah dengan menggunakan eye drops. Minggu yang lalu berpeluang menghadiri event ROHTO@ COOL EYE DROPS bertempat di The Signature Suite, KL jemputan dari The Butterfly Msia Projectuntuk lebih memahami dan mengetahui keajaiban Rohto@ Eye Drop terhadap mata kita.



Untuk pengetahuan semua ROHTO@ EYE DROPS merupakan jenama eye dropos pertama dari Jepun yang sudah 40 tahun berada dipasaran. ROHTO@ COOL EYE DROPS pula mula dilancarkan bermula di United States semenjak tahun 2001 . Istimewa kerana mempunyai sensasi cooling yang unik bagi mencerah, menyegarkan, melegakan dan menyejukkan mata. Selain packaging nya yang unik dan menarik.







ROHTO@ COOL EYE DROPS didatangkan dengan 3 pilihan mengikut cooling level yang dirasakan bersesuaian dengan individu. Sangat berkesan dalam membantu :

- Melembab, menyegarkan dan menyejukkan mata
- Sesuai untuk mata yang penat, berhabuk, kering dan kabur
- Rohto® Eye Drops Cool dan Aqua boleh digunakan oleh semua termasuk yang memakai contact lenses
-Rohto® Eye Drops Dry Aid pula tidak sesuai untuk contact lenses


Rohto® Eye Drops mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa sebagai jenama eye drops terbesar selain kebaikan dan keberkesanannya. Keselamatan dan kebersihan juga terjamin kerana proses penghasilannya bermula daripada air semulajadi dari Japanese Pharmacopoeia , bahan-bahan dan peralatan di tapis dan steril menggunakan sinaran gama bagi mengekalkan kebersihan selain dihasilkan 100% oleh mesin . Ia jugs memenuhi standard FDA, GMP dan ISO 13485






Para blogger dan media juga diberi kesempatan pihan Rohto untuk kami cuba rasai sendiri kehebatan Rohto® Eye Drops . Mesti ramai yang pelik, kenapa botol Rohto Eye Drops bentuknya macam gitu. Selain memudahkan kita untuk menitiskan eye drops, ia memudahkan pengguna untuk melihat kandungan eye drops supaya sentiasa clear tanpa sebarang keladak atau kotoran.

Memang first time menggunakan eye drops yang ada sensasi cooling. Mula memang rasa berangin, tapu selapes 3-5 saat semuanya rasa segar, nyaman dan jelas. Cuma titiskan 1-2 titis . Memang best pakai bila penat menghadap laptop hehe. Harga lebih kurang RM16.90 , boleh didapati di semua pasaraya besar dan farmasi. Untuk info lanjut , boleh ke [www.rohtoeyedrops.com.my]
posted from Bloggeroid

1 comment:

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign