May 5, 2016

Bake & Shop Butterfly With Althea Birthday Party


Happy 3rd Birthday !!!
The Butterfly Project and Althe Korea . Sabtu yang lepas genaplah usia The Butterfly Project Msia yang ke 3 tahun. Sweetnya kan. Alhamdulillah tahun ini diundang ke Bake & Shop Butterfly Birthday Party yang bertempat di  Delectable Su, Glasshouse Seputeh. Bertemakan bake & shop uolss . Terlajak happy la kan. Bertemakan warna pastel yang memang sinonim dengan The Butterfly dan Althea. Actually The Butterfly Project Msia merupakan satu komuniti bloggers yang menjurus kepada beauty, healthy cam gitu yang mendapat kerjasama erat dengan Althea yang merupakan sebuah beauty , healthy one stop shop for all K-Beauty yang terkenal dari Korea. Yuppp K O R E A uolss heheeh. Uols harus baca entry sweet ni sampai sudah tau sebab banyak sangat acara yang best, hadiah best, makanan best, blogger best dan yang penting acara FREE SHOPPING hihuuuu 


Sumber : Google


Wahhhh ramainya awesome blogger yang hadir. Memang terkenal dengan niche masing-masing. Beauty, lifestyle semua tu. Kira sumber inspirasi sesangat. Selepas sesi pendaftaran, semua blogger diberikan pink gift box yang sper sweet dan cute. Wahhh siap ada apron pink lagi tau, cute sangat. Mana tak cute, design dan size didatangkan khas dari K O R E A haha , itu pasal nampak sexy sikit :P






Dalam beauty box yang super pink dan cute ni ada, apron yang cute, kit untuk BB Deco Cushion dan paling best ada Laneige White Plus Renew Kit . Siapa yang tak suka kalau dapat barangan dari Laneige kan hehe. Tq Althea & Butterfly






Wahhh dapat semeja dengan mereka yang sangat sporting dan awesome. Ada yang dah banyak kali berjumpa di event yang sebelum ni, dan ada yang baru pertama kali berjumpa. Dan yang paling sweet semeja dengan blogger Sabby yang baru-baru ni keluar tv kan...popular dengan lifestyle , beauty dan fashion. Genit, cute dan soft spoken orangnya. Tak lupa juga blogger genit lagi cute si Syafiera Yamin, Kak Diya, Puteri, Sherryn dan Innanie founder The Butterfly Malaysia yeahhhhh. Dan Sherryn pernah undang aku ke boutiqe fashion event beliau Plusify Event .Yang tu photographer khas dari K O R E A uols. Handsome ke idok hehe. Gambar yang diambil pun sehensem orangnya hokey. 



BB Deco Cuhion Masterchef

Intoduction by Tammy & Leonard

BB Deco Cushion Demo by Sabby

Clay art kit


BB Deco Cuhion kami semeja :)


Sesi mendeco ni memang exited, maklumlah minat sangat nak belajar deco, baking cake hehe. Geram pulak dengan clay art kit yang diberi. Real dah macam icing betul-betul tau. Cuma tak ada bau. Disertakan pula dengan benda lah yang comel tu hehe. BB Cushion tu memang dah standby dibawa dari rumah seperti yang telah dimaklumkan. So bermulalah sesi mendeco hehe. Ikut rasa je deco nya. Tunggu 24jam juga nak tunggu ia betul-betul kering. So kami take care sesangat.



Hi-Tea & Cookies Deco


Kek coklat rich sesangat

Tak sempat nak deco cookies...sebab sedap hehe



Lepas mendeco BB Cushion, sesi mendeco cookies pula hehe. Memang best, sedap cookies dan pastries serta kek dari Delectable ni. Cookies tu rangup, sedap. Kek tu memang unik, konsep dalam jar, nak makan just sudu kan aje, kaya rasa coklat. Sayang nak makan dengan deko yang cute tu. Mariangue Tart tu sedap juga dan pastry giant tu. Memang tak sempat nak mendeco cookies, sebab sedap hehe tak sempat nak deco terus ngaaaap


BB Deco Cushion Winner


Sabby sebagai juri

Last winner pick by orang kuat Althea dari K O R E A


20 winners of BB Deco Cushion


Its mine :)


Sesi memilih pemenang !!!! homaiiii memang cuak, kalau dah bertanding , memanglah memendam rasa nak menang kan. Ada 20 tempat untuk dimenangi. Jurinya adalah Sabby dan orang kuat Althea sendiri. Jeng jeng jeng... Alhamdulillah my BB Cushion terpilih hihuuuuuu tq Sabby, Butterfly & Althea. Dan hadianya berupa TonyMoly Blackhead Steam Balm Tapi memang tabik springgg la, kreatif semua bloggers ni. Cute, rasa macam nak makan hehe.

Hadiah Selfie Terbaik

Alhamdulillah, ada tersenarai sebagai pemenang selfie terbaik, BB Deco Cushion, Lucky Draw dan special gift. Antara hadiahnya adalah Alway21 Aloe Vera Soothing Mist, TonyMoly Blackhead Steam Balm, Laneige White Plus Renew, HolikaHolika Egg Soap


Free Shopping With Althea

Credit : RainChin.com

Dan yang paling syiok pihak Althea memberikan peluang kami para bloggers untuk shopping free dengan 150 point  ( RM150) dengan masa hanya 30 minit. Can you imagine ??? Kalau dah free, ada pulak limit masa, memang jadi gabra uolsss. Dalam kepala memang nak macam-macam, ada lipstick, bb cushion, maskara, shampoo, mist, mask semua segala bagai. So jangan tamak, kita grab mana yang sempat je hehe. Janji shopping kan. Nanti kita return balik. Tak sabar tunggu barangan kesayangan Althea sampai. Nanti kita cerita apa barangan yang aku beli tu ye. Menang happy ending uolssss . Semoga Althea dan Butterfly Project Msia terus maju dan menembusi pasaran Asia. Ohhh ye Althea kini dah masuk pasaran Indonesia dan bakal ke Thailand .... Bravoooo !!!!

Photo by Inseon Son


Special video dari Syafiera




Website: 

Instagram: 

FB Althea:

FB The Butterfly Project Malaysia: 







1 comment:

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign