May 31, 2016

Bloggers Day With Esteemed Dermatologist and Hair Transplant Surgeon - Dr. Ruban Nathan



Minggu lalu berkesempatan menyertai Bloggers Day With Esteemed Dermatologist and Hair Transplant Surgeon - Dr. Ruban Nathan iaitu pakar dermatologist dan rambut bertempat di Nathan Skins Laser & Hair Transplant Center di Menara UOA, Bangsar. Memang teruja sebab dapat bertemu dengan Dr Ruban yang sememangnya pakar yang diiktiraf dalam bidang tersebut. Lokasi Dr Ruban's Skin & Hair Clinic ini terletak berdekatan dengan stesen tren. So mudah sangat untuk korang yang ingin berkunjung ke sini bagi mendapatkan rawatan mahupun nasihat dan rundingan.





Dr Ruban's Skin & Hair Clinic menawarkan khidmat dan rawatan seperti hair transplant surgery, laser removal of tattoos, scar, cancer, skin cancer sc dan banyak lagi menggunakan laser dan teknologi terkini.



Antara topik yang dibualkan pada hari tersebut adalah berkaitan Alopecia Areata ataupun masalah keguguran rambut dikalangan lelaki dan wanita di Malaysia yang sering dipandang remeh. Khusuk mendengar penerangan daripada beliau. Maklumlah bila pakar bercerita mesti disertakan dengan fakta yang sahih dan boleh dipercayai.




Punca berlakunya Alopecia Areata ( keguguran rambut : )

Selain daripada gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat, faktor persekitaran turut menjadi punca masalah rambut, selain :

- Faktor genetik
- Jagkitan kulat
- Anemia
- Gangguan tiroid ( kimoterapi )
- Ovari Polyaystre ( selepas hamil )
- Telogen Effluvium ( denggi )


Cara merawat Alopecia :

- Mengambil ubatan seperti Finasteridr, Minixidil, Dianez 25, Biotin dan Zink
- Mendapatkan rawatan daripada pakar untuk hair transplant



Hair transplant merupakan proses atau surgeri untuk mencantum dan menanam rambut di kawasan yang kurang atau tiada rambut. Hair transplant terdapat 2 jenis iaitu :

- Follicular Unit Transplant ( FUT )
- Follicular Unit Extraction ( FUE )

Di mana sampel rambut di ambik, dicantum kan kemudian disimpan di dalam plat sejuk sebelum proses menanam rambut / transplant. Lebih kurang 6 minggu perubahan akan kelihatan. Selain transplant, rawatan kulit pun ada disediakan seperti anti wrinkles, removal scar dan sebagainya.





Kami juga diterangkan dan ditunjukkan kepada mesin dan peralatan yang digunakan dalam hair transplant dan untuk rawatan kulit seperti untuk hair removal, CO2 Laser resurfacing dan banyak lagi. Untuk info lebih lanjut boleh ke :




Dr. Ruban's Skin and Hair Clinic

Address :
Unit 2-3A & 2-5 Level 2, Menara UOA Bangsar, No 5, Jalan Bangsar Utama 1, 59000 Kuala Lumpur

Contact :
03 2284 0557 / 03 2282 2388

Facebook :
https://www.facebook.com/DrRubans-Skin-Hair-Clinic-769706106424488/

Website :
http://www.drruban.com/

Operation hour :
9.00AM-5.00PM

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. Hoho.. transplan tu nampak ngeri tapi bagus utk sesiapa yg tiada rambut. Kalau kita org islam boleh ke tanam rambut ni dear?

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign