May 6, 2016

Breakfast @ PapaRich The Curve

PapaRich antara kopitiam, cafe pilihan aku sejak dari bujang trang tang tang. Dulu kerja di bandar Rawang, ada satu cawangan PapaRich, memang best time rehat lepak kat sana sorang-sorang sambil layan Papa Cham dan Asam Laksa sambil online hihi. Masa preggy anak sulong pun malam-malam suka lepak sana lepas cik abang habis main futsal. Tapi kan PapaRich di bandar Rawang dah lama tutup, tak tau kenapa, Old Town pun tutup juga, so lama ketagih nak makan di PapaRich. Tapi Alhamdulillah last week, si anak Darwiish pergi main di Kidzania dengan papa dia, so aku dengan si Isabella pergi window shopping , lepas tu singgah breakfast di PapaRich. Yeahhhhhh




Of coz order Papa Cham uiii lama tak minum. Bagi yang tak familiar, Papa Cham ni kalau tak silap mix antara teh dan kopi with creamer . Tapi umppphhh la.





Ikut selera nak makan Asam Laksa, tapi standard lah, biasanya pagi memang belum ada, huuu nak tunggu lunch lama sangat. So aku order Toast Bread with Peanut Butter dan Ketchup Keawteaw with Steam Chicken . Roti sedap, peanut berketul, crunchy uolsss. Kalau tak suka roti bakar, roti steam pun ada.

Keawteaw ni simple je, banyak pula tu. Ayam steam tu tak hanyir pun sebab diperasakan dengan betul dengan halia. Healthy juga kot sebab keawteaw tu just mix dengan kuah kicap je. Cuma tinggi karbo la kot.Haha padah nak makan tapi nak kurus. Tapi memang menggamit memori, kalau dulu makan, lepak sengsorang, sekarang dengan my lil girl. Alhamdulillah



PappaRich The Curve
146, 1st Floor ,
47810 Petaling Jaya,
Selangor

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. Farrah pun suka makan Asam Laksa :D

    ReplyDelete
  2. memang lama gila tak pegi paparich nih.

    tak jumpa kat johor ni lagi. haha

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign