May 19, 2016

Buffet Ramadhan SPRING GARDEN PUTRAJAYA



Buffet Ramadhan memang menjadi pilihan ramai untuk lokasi berbuka puasa yang bakal tiba. Alhamdulillah minggu lepas diundang pihak Tai Thong ke review buffet Ramadhan bertempat di Spring Garden, Putrajaya dengan bertemakan Sajian Nostalgia Kampung. Teruja kerana disamping berpeluang menghadiri sesi food review, kami sekeluarga boleh menikmati pemandangan menghijau dan udara yang segar kerana Spring Garden terletak di dalam Taman Botani. Memang dapat rasakan suasana yang tenang, damai lagi relax.



Dan yang paling menarik , Spring Garden terapung di atas air hehe. Wahhhh mesti best kan berbuka puasa nanti sambil menikmati pemandangan dan suasana yang menarik.




Credit Foto by http://www.ainulmustafa.com/

Terdapat dua bahagian , iaitu tempat makan di dalam yang ada air-cond, kalau nak lebih santai boleh pilih meja diluar. Boleh hirup udara segar dan lihat pemandangan tasik Taman Botani. Hiasan bertemakan Nostalgia Kampung gitu. Dan di Buffet Ramadhan Spring Garden Putrajaya juga turut dimeriahkan dengan persembahan ghazal dan nyanyian .


Kerabu Mangga
Kerabu Tomato , Tauge dan Kacang Panjang
Kerabu Bilis dan Tempe
Aneka Ulaman / Sambal / Kerabu

Nasi Beryani / Kari / Aneka Lauk-pauk

Wahhh bagi penggemar durian, di Spring Garden buffet ramadhan, korang boleh makan sampai puas.  Durian Buffet ni hanya ada pada hari minggu tau. Aneka pilihan nasi seperti nasi beriyani, rendang daging, ayam madu mamak, kari kepala ikan dan telur masak lemak . Terdapat juga mee goreng,  keaw teaw goreng dan nasi goreng cina serta lauk pauk yang menyelerakan.


Sate

Sotong Sumbat Bakar

Ketam Bakar dan Sotong Sumbat Bakar


Keistimewaan Buffet Ramdhan Spring Garden adalah dihidangkan dengan aneka makanan laut yang dibakar segar, ada ketam, ikan dan sotong selain satay ayam dan daging serta nasi impit. Besar-besar pula tu, dimasak khas oleh chef sendiri.

Aneka kuih muih tradisional

Rojak Buah
ABC
Tauhu Sumbat
Siew Maiii
Minuman menyegarkan yang disediakan seperti air bandung selasih,, soya cincau, ABC,dan teh tarik. Bagi kanak-kanak pun ada disediakan aiskrim. Kuih-muih tradisional yang disediakan pun nampak menarik dan sedap dimakan seperti kek durian, kek lapis, cucur jawa, cucur badak, karipap, popiah, cempedak goreng, keropok lekor dan banyak lagi. Dan yang paling win ada aneka dimsum seperti siew maiiiii...., fish ball, char siew bao dan beancurd roll my faveret. So pada korang yang nak rasai pengalaman berbuka dengan suasana yang best, makanan yang menyelerakan dengan harga menarik boleh lah buat tempahan sekarang atau kunjungi :



Harga Buffet Ramadhan Spring Garden Putrajaya :

Weekend Special :
RM88 nett per pax - Dewasa
RM58 nett per pax - Kanak-kanak ( tinggi 90-120cm) 

Early Bird Special : 
( 8 Jun - 1 Julai 2016 )
May: Buy 10 Free 2 
June : Buy 10 Free 2

Contact :
03-08889 1188

Address: 
Taman Botani Putrajaya , 
Presintt 1 , 62000 Putrajaya , 
Selangor, Malaysia. 

Contact: 
03-8889-1188 

Halal Status: 
Halal












No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign