May 20, 2016

Cake Nozzle Dan Turntable Murah

Dah lama simpan hasrat nak beli set noozle dan satu turntable sendiri. Almaklumlah minat membaking semakin menebal. Selalu usha di bakery tools shop harga kedua benda alah ni memang mahal, mungkin sebab metarial dan konsep yang lebih kepada baker yang professional. Cari punya cari, google punya google akhirnya berjumpa juga dengan cake nozzle dan turntable yang murah yang setiap satunya berharga di bawah RM30. Murahhhhhhhh weh. Nak tau kat mana ? Kat mana lagi kalau bukan Lazada



Alhamdulillah tercapai juga hasrat. Ketiga barangan ni tak sampai seratus pun. Free postage lagi. Tapu kena tunggu lama sikit dalam 2 minggu sebab ianya diimport dari China. Aku beli set yang ada 24 nozzles, set tulips nozzles dan turntable. Nak beli jenama mahal macam Venice, Wilton tak mampu hehe. Harga satu pcs RM6 kalau fi bakeri tools shop. Mahal. Yang versi ni ok je. Sama je.




Set 24 nozzle tu kalau di kedai bakeri mencecah RM40, jenis yang sama. Yang ni RM27 je. Yang tulips nozzle tu dekat area sini susah nak jumpa. Tergoogle kek tulips, uyooo cantik. Apa lagi grab la. Harga RM27.



Perbezaan nozzle biasa yang beli di Lazada dengan nozzle mahal brand Wilton dan Venice adalah, yang mahal ada dicap nombor untuk membezakan jenis dan saiz nok. Yang biasa tak ada nombor. Dan yang biasa aluminum lebih nipis dan tak berapa nak berkilat berbandinh yang mahal. Tapi ok asalkan ianya stainless steel kan.Hihi



Turntable ni RM25 murah je. Tapi plastik la. Lebih ringan. Tapi berputar dengan lancar juga. Cuma dia rendah sikit dari turntable yang mahal. Boleh je untuk beginner macam aku. Alhamdulillah ni semua bermodalkan daripada duit hasil berblogging. Mudahan hobi baru ni bakal menambah kebaikan dan keberuntungan. Amin.

posted from Bloggeroid

4 comments:

  1. Wahh.. ada set nozle dah. SB cuma beli sebijik-sebijik saja dulu sbb nak main aising ni kena amik masa jugak. Geram gak tengok tu masih berkilat..

    ReplyDelete
  2. wah.. menariknya... mcm2 bentuk boleh dapat ni

    ReplyDelete
  3. 1st tgk eh apa ni?? comel je rupa dy...
    tapikan betul ke harga tu....quite affordable sgt..mcm nk jgk jee..

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign