CP-1 Silk Mist Pink Blossom ( REVIEW )

by - May 15, 2016

Sebelum ni biasa dengan facial mist je, tak tau la pula ada hair mist CP-1 Silk Mist Pink Blossom merupakan hair mist formulated original dari Korea. Yang ni, aku beli dari Althea Sebelum ni biasa guna serum, tonik, minyak dan vitamin rambut je, tak pernah guna mist. Kira first experience la ni hehe




Actually ada 2 pilihan, aku pilih yang blossom pink. Sebab dalam kepala imagine, bau sweet macam bunga huhu. Dan CP-1 Silk Mist Pink Blossom merupakan produk pilihan editer di Althea. Mesti hair mist ni laris dan awesome kan. Fungsi utama hair mist ini adalah untuk :

- Menyuburkan rambut dari akar
- Membuat rambut lebih bersinar
- Menyegarkan dan mewangikan rambut



Kalau produk base in Korea memang seluruh packaging bahasa Korea. So sebelum beli make sure, research kandungannya ok, kandungannya kebannyakkan terdiri daripada ekstrak bunga seperti rose, chrysantemum, Hydrolyzed keratin, wheat protein dan argan oil yang semestinya bagus untuk rambut.



CP-1 Silk Mist Pink Blossom dalam botol berbentuk spray 110ml . Harga after less tak silap lebih kurang RM20 lebih kot. Tapi lagi best kalau botolnya transparent, so boleh tengok kaler, kandungan dalam tu. Just shake, dan spray pada rambut, tak payah sampai kulit kepala.Bau dia fresh, bau bunga, tapi mild je rak tak kuat sangat. Tekstur macam air sebab base nya air hehe. Yang penting tak melekit. Memang rasa segar, sejuk dan wangi. Sesuai sangat untuk kita terutama yang berhijab.

posted from Bloggeroid

You May Also Like

3 ulasan

  1. macam nak beli je ni..ada masalah rambut berbau walaupun free hair..huhu

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish