May 1, 2016

DocLab Hyaluronic Acid Premium Face Ampoule ( Beauty Talk & Review)

Minggu lepas dijemput pihak DocLab bagi memeriahkan majlis perlancaran DocLab Hyaluronic Acid Premium Face Ampoule yang bertempat di Grey House, Bangsar . DocLab Hyaluronic Acid Premium Face Ampoule merupakan jenama ampoule 100% buatan Korea yang didaftarkan dibawah KKM . Ianya selamat digunakan kerana bersifat bebas alkohol, bebas praben, silikon dan tiada sumber haiwan Bagi yang tak familiar dengan ampoule .... ampoule merupakan cecair yang berasaskan air, gel ataupun minyak yang mengandungi enzim, vitamin, atau ekstrak botani yang digunakan untuk muka. Ampoule biasanya diletakkan dalam bekas kaca yang kedap udara bagi mengekalkan kesegaran dan khasiat ramuannya. Lebih kurang macam serum tu.







Sebelum majlis bermula sesi selfie, berkenalan dan minum ringan dahulu sebelum mendengar serius beauty talk dari panel yang hebat.



Penerangan terperinci mengenai DocLab Hyaluronic Acid Premium Face Ampoule dari Wendy Teng , sekain perkongsian pengalamannya menggunakan DocLab ampoule. Membuatkan wajah beliau mudah untuk di make-up dan lebih sihat berbanding sebelumnya kerana rutin kerja yang sentiasa berhadapan dengan camera dan lighting. Selain ibu beliau yang berusia 70an yang semakin flawless dan kedutan yang makin hilang.




Sesi demonstration dari Susan Law. Jangan terkejut, modelnya lelaki. Itulah keistimewaan DocLab Hyaluronic Acid Premium Face Ampoule kerana bersifat unisex, boleh digunakan oleh wanita mahupun lelaki. Diteruskan dengan pengkongsian pengalaman dari Miss Lim . Yang sensitif terhadap toner dan sebagainya, kini setia dengan DocLab ampoule.






Siap ada sesi skin analysis, best tau sebab kita boleh tahu tahap kelembapan, kesegaran dan kesihatan kulit kita sebelum dan selepas menggunakan DocLab ampoule.


Kandungan DocLab Hyaluronic Acid Premium Face Ampoule :
Sodium Hyaluronate, Arbutin, Aloevera, Ginseng, Collagen, Aqua


Kelebihan DocLab Hyaluronic Acid Premium Face Ampoule :

- Makeup akan bertahan lebih lama - Kulit lebih terhidrat, mengawal sebum & membuat muka kita kelihatan kurang berminyak

- Memberi kelembapan Ramadan, mengetatkan liang pori

- Memperbaiki struktur, tekstur kulit

- Menjadikan kulit lebih berseri, menguatkan kulit, anti kedutan & tisu yang lemah






Cara pakai :

Titiskan DocLab Hyaluronic Acid Premium Face Ampoule di tapak tangan dan ratakan, sapukan perlahan dan lembut pada muka secara ke atas. Urut perlahan secara menyeluruh. Jangan lupa sapu pada leher juga tau. Pakai selepas mencuci muka. Habiskan sebotol sehari. Jangan simpan-simpan ok. Supaya khasiatnya terpelihara. Boleh simpan 1-10 minit di dalam peti sejuk untuk mendapatkan sensasi dingin dan sejuk. Sesuai untuk yang terdedah pada cahaya matahari. Dan selamat digunakan sekitar mata bagi menghilangkhan eyebag, eye wrinkles dan sebagainya.

Oh ye , DocLab ampoule tak boleh digunakan oleh mereka yang adalah masalah kulit seperti eczema dan acne . Acne yang seruis. Sebab kulit jenis ini terlalu nipis dan sensitif.






Memang dapat rasa kesannya seawal 2 botol penggunaan. Kulit jadi lebih lembut. Kurang berminyak. Kalau nak lebih efektif kesannya boleh cuba secara berterusan 14 hari . Memang tak melekit, sebab ianya berasaskan air bukan minyak atau gel. Tak perlu lagi guna moisturizer atau mask sebab ianya lengkap dan sempurna dengan DocLab Hyaluronic Acid Premium Face Ampoule

Harga sekotak DocLab Hyaluronic Acid Premium Face Ampoule RM138 5x2ml . Tetapi surprise dan special untuk korang pembaca setia , boleh dapatkan DISCOUNT RM50 bila membuat belian secara online dengan menggunakan kod promo doclabbeauty . Tawaran ni hanya sah sehiengga 30 Jun 2016



Website :



Hubungi :
019-2062386 Ms Lim

No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign