May 18, 2016

JIBRIL Bar Halal Disebalik Dinding ( Food Review )

JIBRIL wahhhh nama nya penuh misteri dan unik kan? Sebenarnya Jibril merupakan bar tersembunyi disebalik dinding Sangkaya . Merupakan bar halal pertama di Malaysia , kesemuanya bebas dari alkohol yang berkonsepkan speakeasy kerana lokasinya tersembunyi di sebalik dinding. Menjadi kelainan dan unik berbanding cafe hipster yang lain. Jibril dimiliki oleh empat orang anak muda tempatan yang masing-masing masih menuntut dan bakal bergelar lawyer dan accountant. Wahhhh bangga tak hehhhehe. Rasa bangga dengan mereka yang berusia muda tetapi sudah berjaya membina empayar niaga sendiri. Kalau nak tahu, Jibril juga sering dikunjungi artis, pelakon dan peminat cocktail khususnya. 





Suasana Jibril sangat cozy dan sesuai untuk lepak, chilling dengan kengkawan atau family. Siap ada beberapa skrin tv yang menayangkan filem inggeris lama yang melucukan. Cuma macam yang ada anak kecil macam aku agak tak sesuai sebab kawasan agak terhad. Kata bar, memanglah cam gitu hehe. Kebetulan masa datang, Jibril tengah full house dengan pelanggan yang menempah Jibril untuk lokasi photo shoot. Ya, Jibril menawarkan sesi photo shoot. Sebab hiasan, tema dan surrounding dalam Jibril memang elegant, klasik, awesome dan cantik. Dan di Jibril wifi laju hokeyyy haha. Dan pada kaki vape atau rokok kat Jibril korang boleh buat semua tu, sebab Jibril dilengkapi dengan sistem penyedut asap. So memang tak akan ada bau asap vape dan rokok korang.


Kaunter Bar

Harga menu makanan dan minuman di Jibril pun berpatutan, serendah RM2.50 hingga RM22.00 sahaja . Wahhhh murah kan. Sebelum tu sesi beramah mesra dengan salah seorang pemilik Jibril, En.Akhmyr yang sudi menjemput. Muda lagi, 23 tahun. Rupanya Jibril diinspirasikan daripada nama watak lakonan beliau di dalam pementasan teater di universiti tempat beliau menuntut. Jibril watak utama yang penuh karisma, kacak dan berkuasa. Teater tersebut mendapat sambutan menggalakkan, dan seterusnya di kembangkan menjadi bar, hadiah buat penggemar Jibril. Konsep speakeasy sengaja dipilih untuk tampilkan kelainan. Dan Jibril dah pernah disiarkan di akhbar dan majalah.







Salted Egg Butter Chicken RM14.50 adalah signature di Jibril . Memang famous, katanya paling sedap di SS15 hehe. Disertakan dengan nasi dan sos butter yang sangat creamy. Butter Chicken ni special kerana dimasak bersama telur masin, menambahkan lagi rasa creamy dan melekit. Memang sedap, ayam pun banyak, crunchy lagi.... sos pula , walaupun butter, tetap tak memuakkan. Ada rasa kari yang lembut.Bau nya memang berkrim, lemak gitu. Kalau anak-anak nak makan pun ok, tak pedas.




Butter Chicken Chop Pasta RM22.00 bagi penggemar pasta, boleh cuba dish ni. MasyaAllah banyaknya, besar portion ni, boleh makan 2 orang kot. Jangan risau , tak habis boleh tapau hehe. Pasta di masak sempurna, al-dente gitu. Chicken Chop tu, sedap sangat, lembut je, juicy sangat. Yang ni kuah nya ala-ala sos butter chicken tadi. Memang sedap, puas makan.




Pineapple Fried Rice RM12.00 yang ni sesuai untuk yang sukakan pedas. Tapi boleh request nak pedas atau tak. Memang sedap nasi goreng nenas ni, siap ada ketulan nenas dalamnya. Dah lama tak makan nasi goreng nenas yang diletakkan dalam kulit nenas macam ni. Unik dan menarik sangat. Cukup rasa semua. Sedap.


Bagi minuman pula, haruslah cuba menu cocktail yang disediakan. Katanya cocktail yang selalu menjadi pilihan pengunjung adalah Potter yang rasanya agak manis. Untuk yang sukakan coklat boleh cuba Mandela RM 13.50 gabungan Bellagio Chocolate dan Mint. Sangat sedap, kaya rasa coklat dan mint. Budak-budak mesti suka, yang ni cocktail paling mahal di Jibril. Kalau korang nak makan aiskrim Sangkaya pun boleh dalam Jibril, order je...




Newton RM6.00 sesuai untuk yang sukakan masam. Tapi takde lah masam sangat. Balance dengan manis. Kombinasi epal, gingembre dan grenadine. Menyegarkan. Tak cukup segelas hihi. Rasa dia tak kuat sangat, tapi mild , memang best.



With En.Akmyr owner Jibril

Terima kasih kepada Jibril kerana sudi mengundang. Memang best hidangan di Jibril . Tertarik sangat dengan konsep bar halal yang super cozy dan klasik di Jibril. Dan kalau berkunjung jangan lupa cuba signature dish dan cocktail di Jibril, confirm balik akan terigau-igau keenakkannya.




Alamat :
25 Jalan SS15/4B , 
Subang Jaya, Selangor.


Operation Hours :
Mon - Thurs : 12pm - 12am
Fri : 230pm - 12am
Sat - Sun : 12pm - 12am

3 comments:

  1. wahhh..suka konsep dia..nampak unik & misteri..betul cakap ain..kalau tak baca review ain ni, mesti tak kan masuk kat sini..

    ReplyDelete
  2. nice...
    yg paling utama ~ owner nyer masih muda.
    da buat sesuatu yg marbeles!
    alhamdulillah...

    ReplyDelete
  3. nama cafe ni nama mcm pelik..nama malaikat...tp nampak sempoi dan unik..

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign