May 25, 2016

Resepi Cream Puff Gebu & Mudah



Cream puff adalah dessert atau pemanis mulut yang berasal dari Perancis. Berasaskan doh pastri yang dibakar, yang kemudiannyan dibelah dan dipaip inti kastard, krim manis. Pastri ringan yang berongga membuatkan ia gebu, dan sedap dimakan. Resepi ini sebenarnya resepi pertama yang aku guna, untuk cream puff. Alhamdulillah menjadi dan boleh digunakan untuk membuat churros dan eclairs juga.

Resepi Cream Puff :

Bahan-bahan Doh :

125g tepung gandum
100g butter *
250ml air *
1st gula pair *
3 biji telur saiz A
1st esen vanilla




Campurkan kesemua bahan bertanda * di atas ke dalam periuk, masak sehingga butter cair. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan api sederhana. Masak sehingga terhasil lapisan halus di permukaan periuk. Lebih kurang 1-2 minit. Jangan sampai hangus. Sejukkan seketika.

Pukul telur bersama esen vanilla dengan garfu. Masukkan kedalam adunan yang telah sejuk tadi. Sebatikan menjadi doh yang lembik, lembut. Masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle berbentuk bintang. Tak kisah nak berapa mata. Kalau tak ada noozle pun tak apa.

Panaskan oven. Gris dulang atau guna baking paper. Paip kan sebesar ibu jari kaki, atau tak kisah besar mana. Tapi ingat puff ini akan mengembang dengan meriahnya. Tekan hujung yang tajan dengan jari supaya bentuknya cantik bulat selepas di bakar. Bakar dengan suhu 190-200°c selama 25-20 minit. Jangan buka oven sehingga tamat tempoh membakar untuk elakkan puff mendap. Puff yang masak adalah ringan dan tidak melekat pada tray.



Bahan-bahan filling :

2sb tepung gandum
2sb tepung jagung
8sb gula pasir
480ml susu segar
1st esen vanilla
sedikit pewarna kuning

Larutkan gula didalam susu, tambahkan esen vanilla dan telur sehingga sebati. Masak di atas api sederhana sehingga mendidih. Masukkan kedua jenis tepung, kacau sehingga ia menjadi pekat, likat dan berkilat. Jangan sampai hangus. Biarkan sejuk, sebelum diisi ke dalam piping bag dan di paip ke dalam puff yang telah digunting bahagian tengahnya. Finishing dengan taburan gula icing.

posted from Bloggeroid

4 comments:

  1. saya simpan resepi ni ye..awat banyak kali buat tak jadi..buang je doh sebab tak naik.baar pun jadi keras..entah apa silap nya..nanti nak cuba resepi ni pulak..

    ReplyDelete
  2. Dulu saya guna resepi yang lain pun x menjadi, macam berat, mungkin dari segi bahan dan teknik saya guna salah. Resepi kali ni lebih simple dan Alhamdulillah sekali je menjadi. Cuba tau :-)

    ReplyDelete
  3. Dulu saya guna resepi yang lain pun x menjadi, macam berat, mungkin dari segi bahan dan teknik saya guna salah. Resepi kali ni lebih simple dan Alhamdulillah sekali je menjadi. Cuba tau :-)

    ReplyDelete
  4. sedapnya...saya suka cream puff tapi malas buat.. pos ke Kajang ;) boleh?

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign