May 10, 2016

Resepi Kulit Dumpling

Resepi kulit dumpling yang nak aku share ni adalah versi paling mudah dan untuk 2-3 orang makan. Dumpling menjadi kesukaan, bukan khusus pada kaum Cina je sekarang, 1 Malaysia pun suka. Kulit dumpling yang ready-made ada dijual di bahagian sejuk , nak lebih terjamin Halalnya, boleh kita cuba buat sendiri . Untuk efek kulit dumpling yang best, boleh cari tepung kanji Dalam resepi ni, aku guna tepung gandum je hihu.



Bahan-bahannya :

6 sb tepung gandum
2 sb tepung jagung
1 sb tepung ubi kayu
air sejuk ( secukupnya )


Cara penyediaan :

Uli sebati kesemua bahan tadi. Uli sampai tak melekat pada tangan. Air tu boleh tambah sedikit demi sedikit. Boleh letak secubit garam, tapi aku tak letak sebab inti nanti dah ada garam. Kurangkan garam dalam makanan . Bila nak guna, canaikan nipis-nipis, tekap bentuk bulatan, boleh guna cawan / gelas

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. Laaa mudah je... Boleh try buat nanti... Ena suka sangat dumpling

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign