Jun 11, 2016

12% DISKAUN HARGA BERBUKA DI BUFFET RAMADAN DE PALMA HOTEL , SHAH ALAM

12% diskaun harga berbuka di Buffet Ramadan De Palma Hotel , Shah Alam . Seperti tahun sebelumnya, pihak De Palma Hotel memang bermurah hati menawarkan diskaun harga untuk pembaca blog Mama Darwiish Alhamdulillah , tahun ini sebanyak 12% , banyak tu bebas GST lagi. Nak tahu macam mana ? kena baca entri ini sepenuhnya.

Pada tahun ini , buffet Ramadan di De Palma Hotel berkonsepkan pasar malam dengan slogan Gempita Rasa 29 Malam dimana , ia berlangsung dari Ramadan pertama hingga ke 29 Ramadan nanti. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati buffet Ramadan di De Palma Hotel pada tahun ini , dan rasai suasana konsep pasar malam yang meriah seakan kita berada di pasar malam dan bazaar Ramadan.






Menu utama yang disediakan pihak De Palma Hotel Shah Alam pada kali ini adalah menu warisan melayu kampung seperti juadah dari Pantai Timur dan kenduri atas permintaan dan cadangan daripada pengunjung De Palma Hotel sendiri. Di Buffet Ramadan De Palma Hotel ini, korang mest akan rasa santai dan relax lagi selesa , sebab makan dan juadah disediakan di gerai-gerai , ada yang disediakan pada masa itu juga , bagi mengekalkan kesegaran dan kelazatan juadah. Alaaa macam kita pergi bazaar , pasar malam tu kan. Santai je pilih makanan.

Antara juadah masakan kampung yang disajikan adalah seperti , gulai kawah kambing nangka , masak lemak ikan keli salai , tempoyak ikan patin , siput sedut masak cili padi , ikan tongkol goreng berlada , asam rebus keladi , masak lemak ikan masin dan nenas , asam pedas daging tetel dan terung pipit dan banyak lagi. Selain lauk pauk raja sehari seperti nasi minyak , nasi tomato , nasi bukhari , daging kerutub kambing masak merah , ayam masak merah , udang berempah , daging hitam manis.






Aku kalau ke mana-mana buffet Ramadan mesti terjah sudut dessert atau pemanis mulut dulu. MasyaAllah meriahnya, berwarna warni dan bentuk. Selain buah kurma , kuih tradisional seperti aneka kuih talam , buah melaka , kuih koci , kuih cara dan sebagainya hingga ke manisan ala western turut disediakan . Antaranya creme caramel , cheese cake , choclate cake , red velvet layer cake , tartles , jelly , puding roti dan aneka bubur , ABC , buahan tempatan dan bermacam lagi. Memang heaven bagi penggemar dessert macam aku hihih. Selain bermacam jenis kerabu uolsssss.








Dan yang paling best , boleh korang nikmati juadah raya di De Palma Hotel . Ada rendang ayam , ketupat palas , nasi impit kuah kacang , lemang selain juadah Pantai Timur iaitu nasi dagang dan nasi kerabu . Dan buat yang tekak Korea , boleh cuba hidangan Bulgogi . Special kan . Pendek kata timur , barat , utara , selatan semuanya ada.





Ok jom tengok antara juadah yang aku rasa. Nak makan semua memang tak la , lebih 100 jenis juadah kot Air biru kordial tu memang signature di De Palma seperti tahun sebelumnya selain kopi segar. Ohhh buat yang ada anak kecil jangan bimbang fingger food macam sosej , nugget , fish ball pun ada.







Alhamdulillah di Buffet Ramadan De Palma Hotel bukan saja perut diisi makanan yang enak malahan rohani dan jasmani Inshallah. De Palma Hotel adalah berlandaskan syariah sepenuhnya , bermula dengan makanan yang dijamin Halal , dimasak oleh chef terkemuka dan kemudahan surau dan solat terawikh yang mampu memuatkan ratusan jemaah pada satu-satu masa. Selain laungan azan yang merdu dari anak-anak tahfiz , video ceramah , qasidah dan persembahan nyanyian kerohanian dari kimpulan Traboxx Buskers Selain jemputan buat golongan kurang upaya , anak yatim dan sebagainya. Sebab tu lah Buffet Ramadan De Palma Hotel menjadi lokasi wajib berbuka kami setiap tahun. Alhamdulillah.






Harga Buffet Ramadan De Palma Hotel :

Dewasa RM60 ( Online ) RM68 ( Full )
Kanak - kanak RM30 ( Online ) RM34 ( Full)

Tetapi !!!!! istimewa buat korang pembaca setia , boleh dapatkan 12% DISKAUN HARGA dengan hanya menyatakan kod diskaun MAMA DARWIISH semasa membuat tempahan atau walk in ke kaunter Ramadan Dan harga adalah bebas GST dan free parkir



De Palma Hotel Shah Alam
Jalan Nelayan 19/15,
Seksyen 19, P.O. Box 7511,
Persiaran Jubli Perak, Shah Alam 40718

Cara tempahan :

Tempahan terus di kaunter Ramadhan atau
hubungi talian 03-55428080 sambungan 611/ 608/ 405/ 406
posted from Bloggeroid

1 comment:

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign