Jun 13, 2016

500 BAJU MELAYU PERCUMA DI OH !!! MERIAHNYA RAYA JAKEL SHAH ALAM

500 baju melayu percuma dari JAKEL ??? Ya seperti tahun sebelumnya, pihak JAKEL masih meneruskan pemberian baju melayu secara percuma di JAKEL Shah Alam. Sabtu 11 Jun, lepas dijemput pihak JAKEL Shah Alam bersama beberapa rakan blogger yang lain bagi memeriahkan kempen OH !! MERIAHNYA RAYA buat tahun kedua. Pastinya ramai pengunjung yang hadir bagi mendapatkan baju melayu percuma, shopping baju raya dan berpeluang berjumpa dan beramah mesra dengan selebriti duta raya JAKEL 2016 seperti Datuk AC, Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al-Yahya dan si cute Lara Alana serta Upin dan Ipin . Pada yang membuat belian juga berpeluang selfie dan menerima autograf dari selebriti ini di akhir acara nanti.

Wisma Jakel Shah Alam



Tahun ini kempen Oh !!! Meriahnya Raya JAKEL Shah Alam diketuai sendiri Encik Mohamef Izani Mohamed Jakel iaitu Pengarah Urusan JAKEL Trading Shah Alam. Dan yang paling dinanti adalah acara jualan lelongan atau happy hour oleh selebriti sendiri. Wahhh boleh ke, artis ni jadi salesman kan hihi.




Bersama artis & duta JAKEL


Rekaan koleksi baju para artis adalah berbeza mengikut potongan, fabrik, warna dan ciri tambahan. Masa acara lelongan tu nanti, dapatlah korang tengok aksi mereka melelong koleksi baju masing-masing. Harga diskaun yang diberi memang menjunam !!! 30% - 80% diskaun tau. Selain sebanyak 300 helai baju melayu percuma untuk yang terawal dan 200 helai lagi untuk setiap belian terawal. Rugi siapa yang tak pergi tau.

Lelongan dari Datuk AC
Lelongan dari Nabil dan AAron
Lelongan Awal Ashaari

Acara lelongan dari duta JAKEL bermula jam 1 hingga 2 petang jugalak. Berpusu pengunjung beratur nak dapatkan koleksi baju artis kesayang mereka. Artis pun bersemangat betul melelong koleksi mereka. Harga memang menjunam, siap free sampin dan butang baju tau. Artis pulak tu yang jual pada korang.



Baju Melayu moden Datuk AC Mizal antara koleksi yang bakal menjadi pilihan ramai. Selain pilihan warna yang ceria dan menarik malah jenis fabrik yang berkualiti dan cantik selain mempunyai rekaan pesak tambahan bagi memberi keselesaan pada pemakai. Harga RM299 dan menjadi RM140 saja masa acara lelongan tu. Wahhhh terlajak murah kan.



Tahun ke empat berturut - turut Aaron Aziz menjadi duta JAKEL. Kelainan kolekasi baju melayu Aaron Aziz adalah direka khas dengan kemasan pada leher, poket serta motif bercorak selain fabrik dan warna yang cantik seperti hijau zamrud, biru diraja, peach, jingga, hijau tiffany , mint dan merah cili. Harga dari RM329 after lelongan RM140



Koleksi baju melayu Nabil Ahmad pula agak kontemporari , dan mempunyai kemasan di leher dan poket. Smart juga rekaan ni, macam urban, hipster sikit. Dan ada juga jubah terawikh dibawah label Nabil Ahmad, Aaron dan Jep Sepahtu. Suka jubah tu sebab cutting cantik dan tak jarang tau. Harga dari RM329 after lelongan RM140



Koleksi baju melayu Awal Ashaari X JAKEL pun diberi kemasan di leher, poket dan motif warna. Dan disertakan poket square di poket, boleh tukar - tukar bagi matching dengan sampin. Design potongan shirt tanpa pesak. Selain logo AA nampak lebih bergaya kan. Jubah pun di bawah label Awal Ashaari , harga pun mampu milik , serendah RM199 je



Koleksi Scha Al-Yahya X JAKEL membuat kan korang nak pergi JAKEL sekarang juga. Dari jubah, baju kurung dan dress semua ada. Fabrik yang digunakan berkualiti seperti sulam kapas, chiffon, lace dan banyak lagi. Dan korang jangan bimbang kalau nanti tersama baju dengan orang lain sebab JAKEL memvariasikan warna dan style berbeza. Dan saiz S - XL disediakan so jangan panik ok. Hiasan tambahan pun memang minimum, sesuai untuk beraya.

Baju Kurung kanak - kanak pun memang cantik - cantik designnya . Terkini dan pilihan warna yang ceriah, harga serendah RM59. Jangan lupa lihat koleksi Lara Alana . Mesti rambang mata. Ada lebih 10 design menarik dengan hiasan beads dan lace. Bagi koleksi Upin Upin saiz baju melayu disediakan dari saiz anak ke bapa. Bapa pun boleh pakai label Upin Ipin barulah cute hehe.

Pada korang yang tak berkesempatan korang boleh shopping dengan harga menarik. tak payah susah - susah beli kain ela, tempah tukang jahit bahai, beli dari Jakel ready made, kan senang. Jualan sehingga malam raya atau dapatkan baju melayu percuma melalui kempen Oh !! Meriahnya Raya JAKEL di cawangan :

Johor Bharu 25 Jun 2016
Alor Setar 2 Julai 2016



Jakel Shah Alam
No. 27, 29, 31, 33 & 35,
Jalan Plumbum S7/S,
Seksyen 7
40000 Shah Alam


posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Alaaa murahnya lepas lelonggg! Ada lagi tak offer macam ni lagi nanti? Nak serbu untuk husband and anak hahaha

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign