Jun 14, 2016

BELI GAS DENGAN GRABGAS JIMATKAN MASA, TENAGA DAN DUIT

Gas .. aku rasa majoriti penduduk Malaysia masih menggunakan dapur gas apabila memasak. Betul kan ? Atau korang pengguna dapur kayu atau elektrik ? Wahhh hipster lagi urban korang hehe. bagi pengguna dapur gas macam aku, masalah paling best adalah bila gas habis. Tengah rajin memasak, eksperimen menu baru, tetiba gas habis. Suami pulak kerja. Agak-agak larat, rajin ke nak ke kedai beli, dan usung tong gas yang super duper berat dan gedabak tu. Tak gojes la weyyy, silap-silap jatuh peranakan. Kalau nak minta orang kedai runcit memang boleh, tapi kebiasaannya 3-4 jam delay la haha, dah dialah owner, dialah cashier, dialah susun barang, dialah hantar gas. So.... memang spoil kan. Tapi dengan GrabGas InshaAllah memudahkan kerja korang.



Dengan GrabGas ni memang memudahkan urusan membeli gas. Dan paling win, beli gas secara online. Kata zaman teknologi kan. Bukan makanan, pakaian, perabot je boleh beli online, sekarang dengan GrabGas gas pun boleh beli secara online. Kan mudah tu, tak payah susah-susah mengusung gas yang berkilo-kilo berat tu. Harga dari GrabGas pun murah. Iaitu hanya RM28 hingga RM32 se tong termasuk caj penghantaran mengikut kawasan. GrabGas ni sudah lama beroperasi sejak Jun 2015 dan bakal diluaskan ke luar negara seperti Thailand dan Philipina.



Gas yang boleh kita beli atau isian semula dari GrabGas hanya gas Petronas dan Petron dengan saiz tong gas 12kg hingga 14kg sahaja. So lepas ni jangan risau dah ok korang boleh beli secara online melalui GrabGas. Tapi lagi win dan mudah kalau GrabGas ada aplikasi sendiri, lagi mudah dan cepat kot. 


Cara untuk membeli gas melalui GrabGas :



1. Pergi ke web http://www.grabgas.com/






2. Pilih brand gas, saiz dan kuantiti gas yang nak dibeli
3. Isi maklumat penghantaran yang diperlukan 
4. Masukkan no telefon untuk dapatkan kod password




5. Lihat ringkasan belian, masukkan kod password yang dihantar melaui SMS dan tungggu gas anda dihantar.






2 comments:

  1. Amboi.. Mudah sungguh... Nice sharing..

    ReplyDelete
  2. Wahh dah ada mcm ni.. senang.. sekrg jue call kedai tu diaorg hntr n pasang.. kalo tingkat tinggi dia charge 50 sen. Heheh nasib jue duk ground floor..

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign