Jun 5, 2016

Celebrate Birthday Adam Darwiish Di Kenny Rogers

Alhamdulillah 3 Jun 2016 genap usia si Adam Darwiish 5 tahun , si empunya nama / share dalam blog ni hehe. Rasa macam sekejap je dah 5 tahun usia anak teruna ni. Tiada yang lebih berharga dari doa untuknya supaya panjang umur, sihat selalu, terang hati menerima ilmu, jadi anak soleh dan cergas. Pendek kata doa yang baik-baik aja untuk si comel ni. X tually tahun ni lewat sehari raikan hari lahir Darwiish, sebab dia baru baik demam. 


3 kesayangan

Alhamdulillah walaupun tak seperti tahun sebelumnya, diraikan dengan sebiji kek, tahun ni kita belanja si Darwiish kek comel topping ais krim lagi. Teruja nampaknya dia hehe. Kali ni ada rezeki bawak anak-anak makan lagi di Kenny Rogers. Ehhh tu papa Darwiish, 9 hari bulan ni birthday dia pulak tau.


papa 2 nasi :P



Makan di KRR memang tak pernah mengecewakan, dari minuman , hidangan utama hingga ke pemanis mulut. Memang kena dengan citarasa kami sekeluarga. Dan paling penting ada sajian nasi, sebab cik abang kita tak boleh tak makan nasi. Berkhasiat juga sebab ayam nya bukan digoreng ye tapi dibakar, dipanggang . Sedap, moist, juicy ayamnya. Oh ye ni kami makan di KRR, Aeon Rawang.




No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign