Jun 14, 2016

DISKAUN 10% BUFFET RAMADHAN THE SPACE GRAND BALLROOM U8 SHAH ALAM

Diskaun harga untuk berbuka puasa selain berpeluang menderma. Menarik kan ? Alhamdulillah minggu lepas diundang pihak The Space Grand Ballroom bagi memeriahkan Majlis Iftar Kemanusiaan Perdana bersama immigrant dari Syria. Ia merupakan julung kalinya buffet Ramadan seperti ini diadakan di The Space U8 . The Space Shah Alam Grand Ballroom ini boleh memuatkan lebih kurang 700 orang. Dewan yang besar, cantik dan mewah. Special offer adalah untuk pakej perkahwinan di mana dengan Pakej kahwin RM9,950 (500 pax) Dan keistimewaan berbuka di sini adalah bukan sahaja kita berbuka puasa, atau mengisi perut setelah berpuasa malah dapat menderma dan beramal Inshallah kerana sebahagian bayaran yang kita bayar akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan seperti anak yatim, gelandangan , golongan fakir miskin serta kepada saudara kita yang berada di negara terancam seperti Iraq, Palestin, Iran, Syria dan sebagainya.





Majlis Iftar Kemanusiaan Perdana ini mendapat kerjasama dari myCARE iaitu badan kemanusiaan tanpa kepentingan bagi membantu usaha membantu dan menyalurkan bantuan dan derma dari Malaysia. Selain berbuka bersama mendermw juga, di Buffet Ramadan The Space ini membolehkan kita menderma atau menaja makanan berbuka untuk anak yatim dan golongan ansaf hanya dengan harga RM580 untuk setiap meja (10 orang).

Ibadah Kita Kegembiraan Mereka
Immigrant dari Syria


Pada majlis tersebut, terlihat wajah saudara immigrant kita dari Syria. Terasa sayu melihat mereka, selain terkenang nasib saudara kita yang lain di sana. Semoga sedekah kita yang tak seberapa sedikit sebanyak mengembirakan mereka.

Selain lebih daripada 100 jenis juadah yang disajikan, diselitkan juga pengisian rohani seperti laungan azan secara live dari ustaz, ceramah dan perkongsian pengalaman penderitaan saudara kita yang teraniaya selain persembahan Saff One & Brothers . Solat sunat Tarawikh berimamkan imam dari Palestin atau Iraq. Kemudahan parkir mudah, percuma dan surau yang luas, cantik, selesa dan bersih.

Perkongsian panel tentang pengalaman menyelamatkan mangsa penindasan di Syria, Palestin
Persembahan nasyid Saff One

Menu juadah yang disediakan adalah dari Enak Rasa Katering berkonsepkan juadah masakan Melayu. Memang semuanya menyelerakan, dari pembuka selera seperti aneja jenis kerabu, dan salad. Menu utama yang menyajikan nasi berlauk, macam-macam ada, gulai lemak, rendang, sambal terung bercili, ulaman kampung, aneka sambal dan macam-macam lagi. Pada majlis tersebut, Alhamdulillah kami disajikan dengan Nasi Arab dari D'Arab Station sempena meraikan mereka.

Nasi Arab




Selain nasi, ada juga disediakan menu mee sup, soto ayam, nasi impit, pulut, rojak buah . Dan istimewanya ada yong tau foo. Siap boleh masak sendiri. Kalau korang datang sini, wajib cuba tau. Sup dan sis dia memang walaaahhhh, saudara kita dari Syria pun suka.



Aneka jenis minuman

Minuman sejuk pula rasanya hampir 10 jenis pilihan. Berwarna warni, rasa nak minum semua. Selain tu ada ABC juga. Tapi recommended kat korang untuk cuba Teh Arab ni. First time kot minum. Warna macam teh biasa, tetapi bau dan rasa lebih unik , macam ada mint dan herba . Tapi agak manis bagi aku hihi.







Dan section fav aku di mana - mana buffet Ramadan adalah dessert hihi. Tak mengecewakan. Banyak pilihan menarik, ada kuih muih tradisional seperti cara berlauk, seri muka, kuih talam, apam polkadot dan banyak lagi. Dessert ala western pun ada seperti fruit tart, jelly , kek dan cream puff. Serius tart tu yummmy, ambik 2 , ingat tak habis, rupanya berebut dengan my kids hihi. Memang meriah suasana berbuka puasa di sini, dengan konsep menderma dan sebagainya, cuma mudahan selepas ini pihak The Space boleh menyusun atur meja dengan lebih selesa, sebab agak sempit memandangkan ruang belakang dan tepi agak luas. Tapi Alhamdulillah , tahun pertama pihak The Space menganjurkan buffet Ramadan memang mengagumkan..




Oh ye DISKAUN 10 % untuk korang sekiranya membuat tempahan. Jangan lupa mention BLOG MAMA DARWIISH untuk redeem diskaun tu.


Harga Pakej :
Dewasa : RM58
Kanak - Kanak : RM30 (5-12 tahun)


Untuk Tempahan sila hubungi :
013 366 5487 ( Firdaus )
012 214 5770 ( Shakina )
019 250 7770 ( Basma )
010 272 1078 ( Amira )



Facebook :

Instagram :

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign