Jun 6, 2016

KEMPEN KESEDARAN SAYANGI KULIT WAJAH ANDA DENGAN EPHYRA.



KEMPEN KESEDARAN SAYANGI KULIT WAJAH ANDA DENGAN EPHYRA.


Kulit merupakan aset penting bagi setiap individu tak kira wanita mahupun lelaki. Penjagaan dan perawatan kulit amatlah penting bagi memelihara kesihatan dan kecantikannya secara berpanjangan. Kulit yang terdedah kepada sinaran UV atau cahaya matahari terik dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan masalah kulit wajah termasuk kanser kulit. Perkara ini didedahkan oleh Pakar Estetik dan Kecantikan, Dr. Hatun Deleila Azrai dalam Majlis Kempen Kesedaran Sayangi Kulit Wajah Anda anjuran Ephyra.


Antara masalah kulit sering di alami termasuklah jeragat, tompok hitam atau ‘melasma’ selain masalah kulit tona tidak sekata dan jerawat yang menyebabkan wanita kurang berkeyakinan diri untuk berjumpa orang ramai. Seawal usia 20-an, wanita berisiko untuk berdepan dengan masalah kulit wajah.  Jeragat terutamanya, bukan sahaja mencacatkan penampilan seseorang malahan tanpa pengawalan dan rawatan yang betul ia boleh menjadi masalah serius.



Kajian menunjukkan 80-90% wanita Asia mengalami masalah jeragat akibat sinaran UV. Sinaran UV dari matahari yang berlebihan menghasilkan melanin yang banyak. Melanin diperlukan oleh kulit untuk melindungi sel daripada rosak. Namun, sekiranya penghasilan melanin berlebihan, ia akan menyebabkan tompok hitam terjadi dan tidak terkawal. Kempen kesedaran Sayangi Kulit Wajah Anda ! yang dianjurkan Ephyra memberi kesedaran kepada wanita untuk menjaga dan menghargai kulit wajah mereka dalam cabaran cuaca hari ini.


Pengarah Urusan & Pengasas Ephyra  Pn. Amiza Amiruddin memberitahu Ephyra kini menambah dua lagi produk penjagaan wajah iaitu Serum Ephyra Skin Nano Advanced Repair & Pelembap Muka Ephyra Skin Snow Advanced White Repair. Disamping ‘killer product’ mereka iaitu sabun pencuci muka Ephyra Skin Bar.
Serum yang berteknologi Nano & dipatenkan di Switzerland ini bertekstur ringan dengan bahan asasnya adalah air. Manakala pelembap muka dengan teknologi Geno-White pula sangat mudah menyerap dan langsung tidak melekit atau berminyak apabila digunakan.



Ia dirumuskan khas dan difokuskan kepada masalah kulit wanita Asia seperti jeragat, jerawat, parut jerawat, kulit kendur dan kulit kusam. Formulasi semulajadi yang hebat digunakan dengan kandungan bahan antioksida seperti Glutathione, Vitamin C dan Vitamin E yang diekstrak dari sumber buah-buahan. Duta Ephyra, Memey Suhaiza & Norman Hakim pun turut berkongsi pengalaman mereka menggunakan produk Ephyra setelah hamper 4 tahun. Malahan apa yang menarik Ephyra yang terkini telah menerima Anugerah Asia Pacific Super Health Brand 2015-2017. Anugerah ini memberikan kredibiliti dan keyakinan pengguna tentang kualiti produk tempatan seperti Ephyra.


Tak sabar nak guna dan rasai sendiri kehebatan Ephyra Skin Care Series ni. Boleh lah tampil cantik, flawless, cerah berseri raya nanti hehe. Nanti jangan lupa baca review khas di sini okey. Bak kata orang, benda yang baik mesti dikongsi bersama, barulah boleh cantik together-gether :P Untuk konsultasi dan maklumat lanjut mengenai produk Ephyra hubungi –


Hotline : 019-3999 238 / 03-4141 7889

6 comments:

  1. Nak cantik jugak raya ni! Jom cantik sesama dgn Ephyra :)

    ReplyDelete
  2. glowing glowing la nanti mama darwishh

    ReplyDelete
  3. pengalaman zaza pakai produk ephyra sangat membantu rawat kulit zaza...now tengah cuba set nya pula..

    ReplyDelete
  4. best !! Tak berminyak..mudah meresap :)

    ReplyDelete
  5. best !! Tak berminyak..mudah meresap :)

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign