Jun 22, 2016

LEGAKAN KEMBUNG PERUT BAYI DENGAN MINYAK BEBE ANUGERAH

Masalah kembung perut ni, bukan sahaja pada orang dewasa, bayi dan kanak - kanak lagi berisiko mengalami masalah kembung perut. Terutama anak - anak atau bayi baru lahir sehingga berusia 4 tahun. Disebabkan sistem penghadaman mereka yang masih muda atau overstimulated , pengumpulan gas dalam perut yang menyebabkan kembung perut. Macam aku yang baru ada pengalaman menjaga dua orang anak ni, tahulah betapa cemas nya bila anak kembung perut. Mereka akan meragam dan menangis sekuatnya. Perut pun akan mengembung, keras. Lagi cuak kalau masih baby, sebab mereka tak boleh bagitahu kita sakit dimana. Sebenarnya banyak penyebab berlakunya kembung perut pada bayi seperti :

  • Cara penyusuan yang tak betul
  • Pemberian botol atau puting kosong
  • Botol susu yang tidak colic-friendly
  • Pengambilan makanan berangin seperti kobis, brokoli dan sebagainya oleh si ibu


Mak selalu pesan, kalau ada anak kecil tambah lagi kalau menyusu badan, wajib jaga makan. Kalau tak anak akan jadi mangsa. Kembung, sakit perut dan sebagainya. Selain mengurut, membentulkan kedudukan bayi , minyak angin memang wajib ada. Ingat tu. Sangat membantu bila bayi kembung perut. Tapi kan kena pilih, beli dan guna minyak angin yang betul - betul selamat digunakan kerana kulit bayi sangat sensitif. Jangan guna minyak angin sembarangan ok.



Minyak Bebe Anugerah menjadi pilihan aku untuk merawat kembung anak. Memang aku yakin guna Minyak Bebe Anugerah dari Anugerah Wellness ni kerana ia 100% buatan Bumiputera Muslim dan Halal. Buat apa kita nak guna minyak angin baby yang kadang tu kita tak tahu isi kandungannya dan meragukan. Lagipun masa berpantang anak ke dua dulu aku seronok gunakan rangkaian set bersalin Anugerah terutama losyen panasnya.




Satu botol ni mengandungi 50ml. Apa yang aku suka dengan Minyak Bebe Anugerah adalah kandungannya menggunakan herba semulajadi dan tradisional seperti kayu putih, lengkuas, serai, pudina dan  limau purut. Dan yang penting ia tidak mengandungi Metyl Silicilate dan bahan kimia, pewangi, pewarna merbahaya yang mampu merosakkan organ anak - anak kerana membuatkn minyak meresap terus ke kulit. Bukan sahaja merawat masalah kembung bayu, tetapi Minyak Bebe Anugerah bertindak sebagai :

Kayu Putih
Anti - Bakteria , buang angin & aroma terapi

Lengkuas
Merawat masalah kulit & menghangatkan

Serai
Membantu tidur yang lena

Pudina & Limau
Menyegarkan





Minyak Bebe Anugerah didatangkan dalam botol plastik dan lut sinar. So tak ada risiko botol pecah dan sebagainya. Dari luar kita dapat lihat warna minyak yang kemerahan. Jangan risau sebab walaupun merah, tahap kepanasannya bersesuain dengan kulit bayi yang halus, lembut lagi sensitif. Dan pewarna yang digunakan adalah selamat digunakan ( C177491 )

Sophea Isabella 1 tahun 10 bulan

Sapuan, urutan lembut di perut
Sapuan dan urutan ditelapak kaki

Sophea Isabella ni umur dia nak masuk 2 tahun. Tapi kalau salah makan boleh tahan meragamnya lebih dari bayi baru lahir. Kembung perut memang menyakitkan . Isabella pun tak suka sangat kalau.kita main sapu minyak sembarangan. Tapi dengan Minyak Bebe Anugerah, siap dia letak standby dalam beg dia hehe.

Buka je penutup, semerbak bau haruman herba. Jujur aku cakap lain dari minyak angin yang sebelum ni. Bau seakan aroma terapi. Sedapnya....aku siap sapu pada tangan lagi. Tekstur dia tak adalah berminyak sangat, tak melekit , tak pekat sangat. Just nice. Selepas mandi aku akan sapu dan urut perlahan bahagian perut, punggung, belakang dan telapak kaki Isabella dengan Minyak Bebe Anugerah. Kadang abangnya si Darwiish, 5 tahun pun aku sapukan juga. Alhamdulillah selesa, nyenyak tidur dorang. Kalau terkenan gigitan serangga, nyamuk ke try sapu minyak ni, Inshallah tak gatal. Memang standby Minyak Bebe Anugerah di rumah dan dalam kereta. Senang , harga pun murah RM 15 je. Bagi yang bakal bergelar ibu, atau memang dah bergelar ibu, jangan lupa cuba . Banyak kebaikannya :
  • Menghangatkan tubuh bayi
  • Melembab dan melembutkan kulit bayi
  • Merawat masalah kembung perut dan memberikan tidur yang lena





Beli secara online di :


Facebook :

Hubungi :
019- 2227 0003- 4143 0441
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign