Jun 21, 2016

MASAK SUP LEBIH MUDAH DAN SEDAP DENGAN PASTE SOUP ANI SUP UTARA

Siapa sini penggemar sup ? Samalah kita, suka sup. Anak - anak pun suka. Tapi selalu masak sup ' bodoh ' je hehe. Ala sup malas , guna kiub ayam tu dengan sup bunjut. Tapi sesekali teringin sup yang power, ala - ala Ani Sup Utara tu. Pekat, berempah dan sedap. Hari tu ada tanya kawan - kawan di Facebook, ada yang cadangkan guna rempah sup, serbuk sup, sup bunjut, kiub dan sebagainya. Tapi renyah pula nak membuatnya, malas pun satu hal haha. Apa ??? Restoran Ani Sup Utara ada keluarkan paste soup mereka ??? Dengan pantas aku nak cuba hehe. Dah tentu - tentu sedap macam yang


130g paste soup

Di pasaran biasa jumpa rempah sup jenis kiub , bunjut dan serbuk tapi istimewanya Paste Soup Ani Sup Utara adalah berbentuk perencah atau cairan. Wahhh lagi mudah disediakan. Satu paket ni mengandungi 130g paste soup. Macam sikit, tapi kalau nak tahu, guna hanya sepeket ni, boleh dapat seperiuk sup tau.



Paste Soup Ani Sup Utara ni di jamin Halal. Jadi boleh guna tanpa was - was. Boleh tengok kondisi paste ni. Pekat, buka je paket, semerbak bau herba, rempah ratus semua. Sedapnya. Dan yang paling win, tak payah lagi nak menumis rempah segala bagai. Tak payah nak hiris bawang, halia semua tu, kerana kandungannya sudah lengkap dengan garam, gula, rempah rahsia, bawang putih, halia dan serai. Hanya campurkan paste dengan 1500ml air. Kemudian biar ia merenih sehingga masak. Tak payah tambah ayam, daging dan sebagainya pun sedap dah. Boleh dimakan dengan bihun, mee dan sebagainya.



Tak sampai 20 minit siap hidangan sup. Memang aku recommend pada semua, terutama yang gemarkan sup, yang rushing, nak cepat memasak. Nak masak sahur ke. Rasa memang sama makan di Restoran Ani Sup tau. Tengok kuah sup pun tau, sup ni pekat, berempah dan ummppph. Jangan risau, tak ada pun bau rempah mentah atau tak masak. Semuanya cukup rasa. Kalau nak lagi sedap boleh tambahkan ayam, daging dan sebagainya. Tabur sedikit dengan daun bawang dan daun sup. Walaaaaa tak sedar habis semangkuk hehe. Ehh tak apa makan sup, berkhasiat, kurang minyak dan sebagainya.



Harga sepeket paste soup Ani Sup Utara ni hanya RM 7. Nak beli sekotak terus pun boleh. Tapi kan paste soup ni tak ada dijual di mana - mana kedai runcit, pasaraya, pasar dan sebagainya. Hanya boleh dibeli melalui mana - mana cawangan restoran Ani Sup Utara dan ejen - ejen berdaftar. Mudahan lepas ni pihak Ani Sup Utara dapat pasarkan di pasaraya berdekatan, bagi menu Damian penggemar sup membelinya. Untuk info lanjut seperti senarai cawangan dan ejen yang berdekatan dengan korang, boleh lawati :



ANI SUP UTARA


Web :

Facebook :

Hotline :
017 - 3790 336
017 - 6189 179
013 - 3724 355
posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. Uih mcm best ni. utara pulak tu. kena sapot geng ni. hehe

    ReplyDelete
  2. Huishh dah ada serbuk skrg.. Selalu makan kat restorannya je.. Boleh try nanti

    ReplyDelete
  3. Ani Sup Utara memang sedap ! buat paste sup pulak.. mesti sedap jugak kan...

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign