Jun 11, 2016

Mochi Durian Di BAKAR STATION Tak Berapa Nak Ummpppphh

Bagi penggemar mochi mesti korang tercari-cari mochi yang super gebus dan sedap. Tambahan pula kalau penggemar durian. Biasanya mochi yang ada dipasaran berinti kacang merah, kacang hijau, bijan dan sebagainya, tak sangka jumpa mochi durian si Bakar Station. Ohhh pada yang tak familiar dengan mochi, mochi adalah manisan berasal dari Jepun berasaskan tepung beras, tekstur kenyal, lembut gitu.



Mochi Durian 2 biji tak silap RM5.90 kot. Expectation memang besar haha. Sebab masa pegang, memang tekstur mochi sangat. Sekali ngap, alahai filling tak rasa durian sangat, mungkin terlebih kastard ot something. Ingatkan pure, kaya dengan durian huuu. Tapi menu lain memang recommended kat korang. Bukan review berbayar ok haha.




Kami berkunjung ke Bakar Station outlet Sunway Pyramid. Satay antara menu hot disini. Harga pun not bad lebih kurang RM0.80-0.90 secucuk. Wahhh kalah rasa satay yang femes tu. Juicy giler, manis, masin, rempah cukup rasa. Dibakar kat situ juga, tu pasal fresh. Kuah pun best. Tak sedar makan lebih hehe.



Yang ni menu suami, wah geram pulak tengok ayam tu. Lebih kurang ayam penyet kan. Sambal tu belacan pedas, sedap. Ayam pun sedap, lembut, fresh je. Unik nasi tu di masak dalam buluh kot, siap dibalut bulat dengan daun pisang, lembut, wangi je. Berselera cik abang makan. Next time boleh datang order satay dengan nasi ni. Sedap. Tapi bertabahlah kalau dapat waiter Bangla atau Nepal sebab bahasa Melayu dorang tak berapa nak fluent sangat.

posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. Wow. Hmm. Tercabar iman rasa. Bulan ramadhan ni hehe. Studioous.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. First time dgr nama makanan mochi..cute namanye...

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign