Jun 20, 2016

NASIB BAIK ADA EPHYRA SKIN SERIES

Nasib baik ada Ephyra Skin Series ? Mesti korang tertanya, dah kenapa kan ? Ye la, bagi korang yang mengenali aku, yang pernah tengok secara dekat, korang akan tau yang aku ni mempunyai kulit yang agak bermasalah, kerap berjerawat walau dah masuk umur 30 ni. Rasanya dah bermacam produk dan jenis skin care aku pakai, sampai kan give up aku dibuatnya. Sampaikan aku diperkenalkan dengan Ephyra Skin Series Dengan hati rela, aku cuba. Sebab aku tahu Ephyra memang tak pernah mengecewakan.



Tahniah Ephyra dengan kejayaan Ephyra Skin Series, dari Ephyra Skin Bar, sekarang sampai dah ada lagi dua produk terbaru melengkapi Ephyra Skin Series iaitu Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum dan Ephyra Skin Snow Advanced White Repair . Dulu memang aku pernah guna Ephyra Skin Bar, memang best, siap ada review entry. Tapi tu lah, pantang ada produk baru nak cuba hihihi. Memang aku bernasib baik diketemukan dengan Ephyra Skin Series sebab, dalam masa 9 - 14 hari je, dah nampak kesan ketara tau. Kat sini akan aku kongsikan pengalaman sebelum dan selepas menggunakan Ephyra Skin Series.

Semudah 1, 2 3

Kelainan Ephyra Skin Series adalah hanya dengan 3 step je, Inshallah masalah kulit berjerawat, jeragat semua tu dapat dirawat. Dan yang palling best hanya menggunakan serum dan pelembab, kita tak payah lagi gunakan toner, krim dan sebagainya. Jimat dah disitu, tak payah beli kapas muka, ambil masa tonyoh2 muka. Hanya 3 step je :

Ephyra Skin Bar 
( mencuci ,  merawat & mencerah )

 Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum 
( merawat , mencerah & menganjal )

 Ephyra Skin Snow Advanced White Repair 
( melembap & mencerah )



Buih lembut, halus dan wangi


Firstly bersihkan muka dari segala make-up then cuci muka macam biasa dengan Ephyra Skin Bar . Dulu pun aku ada share entri cara penggunaan dan kebaikan sabun muka Ephyra ni. Yang bestnya ia dibuat 100% bahan semulajadi, tanpa sebarang bahan kimia terlarang. Kaya dengan Glutathione, Alpha Arbutin dan Kolagen. Sebab tu bila pakai selama 3 minit, kulit muka kita akan terasa tegang je . Halus, segar dan cerah. Aku guna just 2 kali sehari. Memang dapat rasa kurang dah minyak di muka. Dan yang aku suka dia tak buat kulit muka aku kering dan mengelupas.

Dan Ephyra Skin Bar ni tak mudah cair dan dengan bekas sabun Ephyra ni lagi senang untuk bawa kemana - mana kan. Tapi kalau didatangkan dalam bentuk gel, liquid lagi mudah kan, senang nak control ammount sabun.



Fungsi Ephyra Skin Bar :

- Merawat masalah jerawat
- Menghilangkan parut jerawat dan jeragat
- Menanggalkan kotoran, minyak dan sel kulit mati
- Mencerahkan secara semulajadi
- Menghilangkan bintik hitam

Tekstur ringan, halus dan tak melekit


Sebelum ni aku memang ada pernah pakai serum. Sebab serum ni lebih bagus dari toner dan krim . Kerana sifatnya yang ringan dan mudah serap. Kalau brand lain memang harga mahal beb, kandungan pun was - ws tahap selamat dan Halalnya. Tapi banyak sangat perbezaan dengan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum, sebab ia lebih mudah serap, tak melekit macam jenama yang aku pakai dulu. Ini kerana ia diformulasikan dengan Teknologi Nano ( Swiss Patented ) bagi menghasilkan partikel serum yang lebih halus. Jadi sebab tu ia mudah serap jauh ke dalam kulit. Selain diperkaya dengan Vitamin E, C dan Glutathione. Suka betul aku dengan serum ni sebab dengan konsep botol tear drop ni, senang aku nak budget ammount serum yang nak digunakan. Tak membazir kat situ. Dan kulit rasa sejuk, segar, lembut je...memang tak melekit. Wangi jangan cakap lah. Pun sama aku pakai 2 kali sehari, pagi dan malam. Titis 2 - 3 titik dan ratakan ke muka dan leher , dari arah dalam ke luar.



Fungsi Ephyra Nano Advanced Repair Serum :

- Menghapuskan parut jeragat degil dan jerawat
- Merawat tona kulit tak sekata
- Menganjal dan menegangkan kulit
- Mencerahkan
- Menghilangkan lebam bawah mata dan sunburn

Tekstur halus lembut dan tak melekit



Akhir sekali Ephyra Skin Snow Advanced White Repair . Ia bertindak sebagai pelembab. Tapi bukan pelembab biasa - biasa je tau, sebab ia diformulasikan menggunakan Teknologi Geno White ( Smart Peptide ) yang mampu mengawal penghasilan melanin. Melanin ni berfungsi sebagai pelindung UV. Kalau tak dikawal , penghasilannya yang berlebihan boleh menyebabkan jeragat . Seawal 9 hari dah dapat rasa perubahan . Patutlah dipanggil snow hehe, sebab sejuk je bila dipakai dimuka. Wangi pula tu. Diperbuat dari Arbutin, Vitamin C dan E yang kesemuanya dari estrak buahan . Memang best, sebab lepas pakai, muka jadi lembab, gebu je. Kalau tak nak make - up pun tak apa dah. Just letak bedak sikit. Memang tahan lama, kalau macam make - up ke, bedak ke... senang je nak apply tau. Macam aku kalau dulu, pergi outdoor confirm bertapuk, berminyak muka. Tapi sekarang tak, cantik... make - up, bedak maintain je. Sebab kulit muka maintain lembap.

Fungsi Ephyra Skin Snow Advanced White Repair :

- Melembapkan dan mengekalkan kelembapan wajah
- Mencerahkan kulit seawal 9 -14 hari
- Menggunakan teknologi Geno White ( teknologi yang mengawal pengeluaran melanin )
- Menambahkan agen perlindungan kulit ( UV protection )
- Membantu mengurangkan minyak berlebihan pada kulit yang menjadi punca jerawat
- Mengurangkan keen-eyed penuaan ( garis halus & jeragat )
- Menambahkan keserian kepada wajah untuk kekal muda & bersih.
- Mencerahkan secara semulajadi


Sebelum dan selepas menggunakan Ephyra Skin Series




Semua ni original foto ok. Tiada kesan edit dan sebagainya. Cuma aku crop dan zoom bagi jelas korang nampak kesan. Jerawat yang baru memang tak ada dah, bekas jerawat di muka aku memang spesis besar - besar dan agak kering .Boleh nampak kan dengan liang roma yang besar. Macam parut jerawat yang hitam tu pun dah tak ada, dan kulit nampk sekata cerah. Tak macam sebelum tu macam warna kulit bertapuk kan. Sekarang lebih lembah, lembut je, yang penting tak berminyak dah. Alhamdulillah makin mengecil dan halus dah sekarang. Wahhh happy tau. Sekarang tak yah make - up, tak payah pakai bb, cc cream dah. Rasa dah ok, confident. Dan paling syok , malam hari tak payah comot muka pakai masker, mask semua.... sebab bila pakai Ephyra Skin Series ni, dah complete sampai melembabkan dan memberikan nutrisi pada kulit muka. 

Inshallah akan aku pakai Ephyra Skin Series ni dengan konsisten. Jarang tau aku nak setia pada satu - satu brand ni, tapi dah nak masuk sebulan kot pakai, Alhamdulillah semua positif. Buat apa nak tukar lagi. Harga pun mampu milik. Halal dan produk bumiputera lagi. Korang pun terutama yang berjerawat tu cuba ikhtiar dengan Ephyra, sesuai untuk semua jenis kulit, wanita mahupun lelaki.



Pastikan original !!!! kalau nak dapatkan kesan optimum tau. Sekarang banyak sangat produk tiruan, so jangan bimbang korang boleh semak sendiri dengan mengimbas kod QR dan menyemak ciri khas yang lain seperti di bawah. Pastikan korang beli dari agen, stokis atau dropship yang berdaftar atau direct dari pihak Ocean Life. Lepas tu ingat makan dan cara pemakaian kena jaga, baru hasil umphhhh. Dan dibawah ni ada senarai harga per set dan loose. Aku recommend korang supaya beli 1 set terus, jimat kan.


Harga Ephyra Skin Series :


Harga satu set :
RM140 (SM) 
RM150 (SS) 

Harga loose item :
Ephyra Skin Bar 
RM 39 (SM) 
RM 45 (SS)

Ephyra Skin Nano 
RM 68 (SM) 
RM 72 (SM)

Ephyra Skin Snow 
RM 48 (SM)
RM 52 (SS)





Maklumat lebih lanjut :



Facebook :



Instagram :



Website :
Under Construction






posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. First time nk try ephyra ni..kene jarakkan mase x untk betukar ke sabun nih?skang sye pkai pncuci muke neutrogena ...

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign