Jun 29, 2016

PARENTHOOD : PARENTS DAY ACTIVITIES WITH GROLIER


Masa bersama anak - anak memang ibarat emas. Rasa rugi kalau siakan macam tu je sebab tumbesaran mereka sangat cepat. So kenalah hayati moment ini dengan sebaiknya. Last week telah dijemput pihak Parenthood Sunway Putra bagi menyertai Parents Day Activities With Grolier. Wah seronok rasanya bila berpeluang bawa anak - anak kesana. Ini kali pertama kami berkunjung ke Parenthood. Rupenye Parenthood ni adalah one stop parenting concept family park pertama di Malaysia yang berkonsepkan London Street Walk Away. Kiranya dalam Parenthood ni ibu bapa dan anak - anak semuanya boleh enjoy dengan pelbagai aktiviti di dalam satu tempat seperti belajar, bermain, shopping, santai dan menjamu selera.






Sampai je di Parenthood my kids memang dah teruja sesangat. Ramai juga ibu bapa yang membawa anak mereka pada hari tersebut. Kami terus mendaftar untuk menyertai contest membina Morphan dari Grolier. Morphan ni memang membantu pelajaran dan skill anak - anak serta kreativiti mereka mencipta sesuatu. Grolier memang terkenal dengan bahan pembelajaran dan permainan anak - anak secara interaktif. Dalam contest ini kami diberikan masa untuk membentuk replika kanggato berdasarkan step yang diberi. Hadiah istimewa disediakan pihak Grolier memang mengiurkan haha. Dengan gigih aku dan Darwiish membentuknya.Pada awalnya memang Darwiish fokus haha lama - lama dia jemu tapi still tolong aku cari morphan yang sesuai. Memang mengeratkan hubunhan di antara ibu dan anak. Dan Alhamdulillah kami mendapat tempat ke4








Dah selesai bercontest, hadiah pun dapat so its time to Darwiish dan Bella main. Wah meriahnya. Dan yang paling best di sini mak bapak pun dibenarkan masuk bermain dan pantau anak masing - masing. Tapi kalau tak nak, korang boleh je pergi relax dan chill pergi minum ke di Cafe Lilli Pilli atau buat rambut atau spa. Nak shopping barangan baby pun boleh dari mainan, keperluan asan anak - anak seperti dypers semua ada di Parenthood. Jangan risau anak - anak selamat bermain di sini kerana di awasi dengan sistem keselamatan.










Dan dalam tempat mainan ni memang luas. Ruangan untuk ibu bapa bersantai pun disediakan dengan mainan PS4. Memang seronok la Papa Darwiish main haha. Macam aku pulak terlajak enjoy la beronline sebab wifi di Parenthood memang laju dan smooth. Oh ye sebelum masuk kena pastilan kesemuanya pakai stokin. So standby stokin awal - awal kalau nak datang tau. Nak beli kat sini pun boleh dengan hanya RM7 sepasang. Bagi menjamin leselesaan, keselamatan dan kebersihan .














Memang banyak pilihan mainan yang sesuai dengan peringkat umut anak - anak. Ada trampoline, wall climbing , gelongsor dan banyak lagi. Aku pun siap naik haha. Memang meriah sangat.






Dan part paling best adalah juta juta bola ni hehe. Dah Macam swimming pool yang dipenuhi dengan bebola bewarna warni. Kat sini pun mak bapak boleh masuk sekali tau. Seronok anak - anak main siap buat penyamaran ha. Oh ye kalau korang nak sambut birthday anak - anak di Parenthood pun boleh tau ada disediakan party room dengan pakej harga menarik. Memang teringin nak bawa lagi anak - anak kesini nanti nak bagi diaorang enjoy fun learning pula. Tak puas explore lagi hehe. Korang jangan lupa bawa anak - anak rasai pengalaman belajar sambil bermain di sini tau.





Admission Rate (1 tahun ke atas):
Weekday: RM35
Weekend, Public Holiday dan School Holiday: RM45

Promo Price:
5 entrance (Buy 4 Free 1)
Weekday: RM140
Weekend, Public Holiday dan School Holiday: RM180

Facebook The Parenthood: www.facebook.com/theparenthood
Facebook My Kingdom: www.facebook.com/jepkingdom
Website: www.theparenthood.com.my




1 comment:

  1. Ena tengok tempatnya, ena pulak teringin nak main. Hahahaha

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign