Jun 26, 2016

PEARIZ FIRST FASHION LAUNCH

Last week dijemput pihak Peariz bagi memeriahkan fashion launching mereka bertempat di Library Cafe, Publika. Rasa teruja untuk menjadi sebahagian dari detik indah Peariz kerana ianya merupakan jenama fashion yang bakal terkenal dan mendapat sambutan meriah masyarakat Malaysia khususnya. Selain berpeluang bertemu fashion blogger dan penggemar dan pengusaha fashion terkemuka. Pada event ini juga , berlangsungnya perasmian web mereka.




Peariz adalah gabungan dua nama pemiliknya. Koleksi Peariz amat istimewa kerana berkonsepkan Muslimah Fashion For Non Muslimah . Menarikan kan konsepnya. Fashion muslimah ini dipilih kerana ia merupakan fashion yang paling trendy buat masa ini. Ini memberi peluang bagi mereka yang bukan muslim dapat menggayakan fashion muslimah juga. Selain rekaan yang menarik, kualiti metarial, fabrik , seni guntingan dan konsepnya sangat teliti. Bukan sahaja menawarkan busana yang cantik dipakai, malah setiap busana dijahit, dan direka khas sendiri dengan diselit inspirasi dan dan motivasi disebalik jerih mewujudkan Peariz. Kiranya, setiap rekaan dari Peariz mempunyai sentimental value gitu.


Bersama Vivy Founder Fashion Valet

Bergaya dengan Tamiyo inspired by green kimono

Sempat juga berpossing dengan founder Peariz , Mrs Pearl yang cantik menggayakan Tamiyo antara koleksi dari Peariz. Selain bergambar denga Vivy , pemilik Fashion Valet yang femes emes tu. Selain mencuba sendiri busana hebat dari Peariz.


Perincian yang halus dan kemas



Perincian dia atas fabrik memang halus, kemas dan teliti. Kesemua perincian ini dijahit tangan sendiri oleh pereka . Metarial fabrik sangat selesa, lembut dan berkualiti , kebanyakkan diimport khas dari Bali, Korea dan lain - lain. Saiz pun boleh pilih mengikut ukuran yang disediakan.



Antara koleksi anggun, cantik dan selesa yang diketengahkan Peariz adalah Tamiyo, Heritage, Eclipse dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan juga berpatutan setanding dengan mutu dan kualiti fabrik. Untuk keterangan lanjut boleh lawati :

Web :

Instagram :

Facebook :
posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Usya Website dia.. huishh lawa-lawa juga... Suka tengok kebaya batiknya..

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign