Jun 23, 2016

PENGALAMAN MENAIKI KL HOP-ON HOP-OFF BERSAMA DATO' AC MIZAL

Siapa pernah keliling Kl naik KL Hop-On Hop-Off ? Alhamdulillah semalam berpeluang menaikinya, dan paling win, pengalaman pertama menaikinya bersama Dato' AC Mizal dan beberapa artis lain seperti Arja Lee, Datin Emilia, Wan Raja Lawak, Pemenang Dangdut Star, Zahid dan ramai lagi. Ohhh ini termasuk dalam jadual event Culture Blitzz anjuran Matic dan PeaceYall.fm . Nanti aku share pasal event tu.



KL Hop-On Hop-Off ini merupakan bas double decker yang menjadi daya tarikan perlancangon di Kuala Lumpur. Baru lagi dilancarkan. Feeling macam tourist pulak ekeke. Excited masing - masing.




Of coz lah kami pilih duduk di bahagian atas. Open air gitu, tingkat bawah macam bas biasa, ada penghawa dingin. Memang havoc sebab masing - masing teruja dapat lihat KL dari tingkat atas bas. Selalu tengok kat tv je kan haha.


Excited tak kami :p



Cuma bagi yang ada anak kecil, beware takut anak - anak rak behave, sebab ada palang sahaja. Better kita pegang atau riba mereka. Dato' AC memang tak reti duduk diam, tak nak duduk sebab first time beliau naik KL Hop-On Hop-Off ni. Sama macam kami. Kami dibawa ke sekita KL Tower, Jalan Bukit Bintang dan KLCC bagi mengagihkan bubur lambuk seterusnya ke Matic semula. Pengalaman yang manis hehe. Rezeki suami dan anak - anak .




Kalau korang nak merasai pengalaman yang sama boleh la ke http://www.myhoponhopoff.com untuk book tiket. Itu jadual laluan KL Hop-On Hop Off
posted from Bloggeroid

5 comments:

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign