PROGRAM CULTURE BLITZZ BERSAMA MATIC DAN PEACEYALL.FM

by - June 29, 2016

Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) dan PeaceYall.FM dengan berbesar hati menjemput kami sekeluarga dan blogger serta pihak artis dan media yang lain bagi menjayakan Program Culture Blitzz baru - baru ini yang bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) serta majlis berbuka puasa di Saloma Theather Program ini adalah bertujuan mempromosi serta memperkenalkan segala adat, tradisi dan budaya Malaysia khusunya kepada awam kerana ia semakin dilupakan. Program ini mendapat kerjasama erat bersama PeaceYall.FM iaitu stesen radio online milik penuh Dato' AC Mizal. Katanya ramai artis yang bakal turut serta dalam program ini selain aktiviti yang sangat berfaedah dan meriah. So jom baca ok.



Pada Program ini diselitkan dengan acara pemberian bubur lambuk oleh para artis dan Encik Zain Azrai bin Rashid Pengarah Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di beberapa kawasan tumpuan umum sekitar Kuala Lumpur seperti Menara Kuala Lumpr, Jalan Bukit Bintang dan Menara KLCC dengan menaiki bas Hop-On Hop-Off ( HOHO ) Yeahhhh memang teruja sangat lah. First time ni nak naik HOHO, naik pulak dengan artis haha. Korang boleh tengok gambar kami di atas HOHO dalam entri ini . Kesemua aktiviti yang kami lakukan adalah secara sukarela tau . InshaAllah besar ganjarannya menyediakan juadah untuk orang yang berpuasa.


Dato' AC acah-acah masak bubur lambuk hehe

Di atas HoHo

Skuad Bubur lambuk

Eskot dari abang motor :P


Antara artis yang hadir pada program tersebut adalah Arja Lee, Zahid, Wan Raja Lawak, Syuk Raja Lawak, Rashidi Ishak, peserta Dangdut Star dan ramai lagi. Pada sebelah malam pula Majlis Iftar diserikan dengan persembahan kebudayaan dan persembahan nyanyian daripada artis seperti Bella AF, Zahid dan ramai lagi. Selain persembahan montaj khas dari PeaceYall.FM






Program sebegini memang bagus kerana selain mengeratkan silaturrahim, dapat menghulurkan bantuan pada yang memerlukan dan mendekatkan tradisi dan kebudayaan yang ada di Malaysia pada umum. Di samping merapatkan hubungan artis serta peminat mereka.









Yeahhhh menang !!!!!






You May Also Like

1 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish