Jun 9, 2016

PULI POLA Handmade Soap Seakan Spa Di Rumah

Spa ??? Siapa yang tak suka spa ? Rasanya semua sukakan spa kan, mana tak nya, di spa kita akan dibelai, dimanja dari kepala hingga kaki. Release semua tension, relax, santai. Tapi kalau hari-hari nak ke spa boleh koyak poket kot hehe. Lainlah pada yang berkemampuan. Tapi jangan risau dengan rangkaian produk daripada Puli Pola Handmade Soap kita boleh berspa dirumah. Jimat tenaga, masa dan wang.



Sempena pembukaan outlet pertama Puli Pola Handmade Soap di Aeon, One Utama mereka dengan berbesar hati menghadiahkan set produk yang terdiri daripada Osmanthus Yurong Kampo Handmade Soap, Bath Bomb , Epsom Salt Scrub untuk dicuba sendiri. Memang rasa teruja sangat sebab Puli Pola dihasilkan :

- 100% menggunakan minyak tumbuhan
- 100% semulajadi
- 100% selamat untuk kulit

Puli Pola Handmade Soap merupakan jenama tempatan yang diformulasikan dari Taiwan yang bebas daripada semua bahan berbahaya, pewarna, wangian dan sebagainya. Ia dihasilkan daripada minyak tumbuhan semulajadi, ekstrak tumbuhan herba, minyak essential dan tanah liat semulajadi.




Osmanthus Yurong Kampo Handmade Soap
Baunya memang best, ada bau herba dan sensasi mint. Macam bau balm pun ada. Dihasilkan daripada Yurong-San iaitu serbuk herba yang membantu melembut, mencerah, dan menganjalkan kulit. Menghilangkan sel kulit mati dan melancarkan peredaran darah. Sabun ni boleh dipakai pada wajah dan seluruh badan. Lelaki, perempuan semua boleh guna. Cara penggunaan macam sabun biasa, yang istimewanya ia disertakan dengan net yang lembut ni, so tak pelukan bekas sabun lagi, sabuk pun lambat cair. Lepas guna korang akan dapat rasakan kulit jadi lebih lembut dan wangim Cerah tu ofcoz kena pakai secara konsisten baru dapat tengok hasil.

Selain itu banyak lagi jenis sabun yang ada seperti :

Mencerahkan Kulit :
- Whitening Kampo Essential Handmade Soap
- Rose Camellia Oil Handmade Soap
- Himalayan Pink Rock Salt Handmade Soap


Kulit Berminyak, Sensitif & Kering :
- Bergamot & Peppermint Essential Soap
- Rosemary & Peppermint Essential Soap
- Aloe Vera Pearl Marseilles Soap
- Jasmine Camellia Oil


Skrub & Pengelupasan :
- Javanese Lulur Handmade Soap
- Balinese Lulur Handmade Soap
- Marine Salt Handmade Soap
- Coff Lulur Handmade Soap





Epsom & Pink Salt Scrub
Cute je packagingnya. Boleh nampak tekstur garam yang halus dan bewarna warni. Buka je botol dah semerbak bau yang segar lagi semulajadi. Bestnya. Memang fresh, relax baunya sebab dihasilkan semulajadi daripada Epsom Salt, Himalayan Pink Salt, Lavender Flowers, Rose Flowers dan Coconut Oil. Kesemua bahan ni familiar sangat dengan sensasi relax, nyaman, menyegarkan dan baik untuk menanggalkan sel kulit mati, melembut, mencerahkan kulit. Melancarkan aliran darah dan detox. Dan paling best boleh digunakan untuk satu badan dan muka. Cuma elakkan dari terkena mata dan luka. Sapu dan gosok perlahan secara membulat pada kulit yang lembab dan bilas bersih. Wahhh best nya.... dengan bau harum tu. Jangan bimbang kulit korang tak bercalar pun, sebab tekstur garamnya sangat halus.





Bath Bomb
Kenapa dipanggil bath bomb ? Meletop ke bila mandi ??? Hehe tak lah. Dipanggil sebegitu sebab bila nak guna kita kena rendam ia kedalam bath tub, masa tu Bath Bomb ni akan mencair, menghasilkan buih-buih halus, ala macam kita rendam panadol Soluble tu. Lupa nak ambik video huuu. Bath Bomb ni sekali pandang macam kuih, kek je, dengan bentuk , warna dan bau yang sweet gitu. Ada 2 saiz... yang aku guna saiz kecik, untuk sekali penggunaan. Kalau yang besar boleh kerat-kerat nak guna. Sangat best bila rendam dalam Bath Bom ni, ada minyak essential yang wangi lagi merelaxkan. Kulit pun segar, lembut je. Selain Sweet Orange ada lagi flavor :

- Peppermint Bath Bomb
- Blang Rose Tea Bath Bomb
- Cherry Blossom Bath Bomb
- Lavender Bath Bomb

Sejujurnya produk Puli Pola Handmade Soap memang sesuai dengan kulit aku, memang terasa berada di dunia herba dan semulajadi. Memang berbeza dengan produk yang mengandungi kimia. Kalau korang nak cuba sendiri, atau hadiahkan pada yang istimewa boleh cuba yang gift set ni, complete dan murah. Mesti si dia tersenyum happy.



Aku recommended dan suggest korang untuk datang kunjungi sendiri outlet Puli Pola Handmade Soap di Aeon One Utama untuk lihat dan alami sensasi produk semulajadi daripada Puli Pola sendiri. Atau boleh lawati web, fanpage dan ig Puli Pola untuk melihat lebih lanjut.









Puli Pola Handmade Soap


Website :

Fanpage :

Instagram :

Email :
pulipola.soap@hotmail.com
posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Bagusnya dapat manjakan diri dengan produk ni... Mesti harganya pun best2 kan

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign