Jun 27, 2016

RESEPI BISKUT SARANG SEMUT


Sarang semut, antara biskut atau kuih raya yang masa kecik aku suka makan. Macam unik je kan, macam sarang semut ek .Biskut sarang semut ni penyediaannya mudah je, tak payah terap - terap, uli, gentel. Hanya parut dan sudukan dalam paper cup. Tekstur memang lembut budak - budak pun suka.




Bahan - bahan :

180 g butter
60 g gula kastor
3 biji telur kuning

105 g tepung gandum
240 g tepung jagung
2 sudu besar susu tepung

Paper cup saiz kecil secukupnya (50 - 60)
Coklat rice untuk hiasan




Cara penyediaan :

1. Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 70•

2. Pukul butter dan gula kastor sampai gula hancur menggunakan mixer dengan tahap sederhana

3. Tambahkan bahan kering seperti tepung gandum dan tepung jagung beserta susu. Uli sebati dengan tangan

4. Adunan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna kesukaan. Tak nak letak pewarna pun tak apa

5. Sagat adunan menggunakan penyagat cheese.

6. Masukkan doh yang disagat tadi ke dalam paper cup menggunakan garfu. Taburkan dengan coklat rice .Boleh je letak penuh sebab sarang semut ni tak mengembang

7. Bakar selama 15-20 minit dengan suhu 140• mengikut oven masing - masing. Tunggu sejuk baru simpan dam bekas kedap udara







No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign