Jun 26, 2016

RESEPI TART NENAS TERLAJAK GEBU

Resepi tart nenas gebu ni aku share kan untuk semua sempena nsk raya ni. Resepi tart nenas versi ni aku dapat hasil perkongsian kelab memasak di Facebook. Sebenarnya resepi dia buat tart blueberry, tapi aku tukar pada tart nenas. Alhamdulillah menjadi dan gebu sangat. Berbeza dengan resepi sebelum ni. Selain sukatan dan bahan yang ringkas.



Resepi Tart Nenas 

Bahan - bahan :
Bahan A
250g butter ( aku guna buttercup )
2 sudu besar gula kastor
1 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telur
1 penutup pewarna kuning

Bahan B
2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
2 sudu besar susu tepung


1 biji telur tambah sedikit pewarna kuning untuk disapu pada tart

Tart nenas secukupnya




Cara Penyediaan :

1.Masukkan jem dalam piping bag, supaya mudah di paip atas tart. Kalau jem korang keras, kena gentel la hihi

2. Alaskan tray pembakar dengan baking paper. Kalau tak ada , sapu aje dengan marjerin atau butter.

3. Panaskan oven 70°c selama 10 minit

4. Campurkan kesemua bahan A, putar pada kelajuan sederhana sampai gula hancur.

5. Ayak kesemua bahan B, dan masukkan perlahan - lahan dalam aduanan bahan A.

6. Uli sebati, dan masukkan dalam acuan. Letakkan jem dan gulung. Kemudian sapu dengan campuran telur tadi untuk dapat kilatan.

7. Bakar pada suhu 150 - 160 selama 20 minit mengikut kesesuaian oven masing - masing. Setelah masak, biarkan sejuk di atas redai sebelum dimasukkan ke dalam balang.



posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. Akk ni pandai masak laaa.. Respect akk.. Sedap tengok tart akk tu

    ReplyDelete
  2. mudah dan nampak sedap ni..nak sket mama :)

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign