Jun 16, 2016

RM38 !!! MAKAN SEMUA MENU ALA-CARTE DI RAMADHAN SPECIAL PRETZ N' BEANZ

Yupppp jangan nak terkejut sangatlah haha. Dengan hanya bayar RM 38 sahaja korang boleh makan semua menu al-carte yand ada di Pretz n ' Beanz. Tak kisah korang nak makan di Pretz n' Beanz outlet Solaris Mont Kiara atau Bangsar. Alhamdulillah hujung minggu yang lepas aku sekeluarga bersama beberapa orang lagi blogger bertuah dijemput pihak Pretz n' Beanz bagi mencuba sendiri promosi yang disediakan ni. Food review kali ini bertempat di Pretz n' Beanz outlet Bangsar. Kiranya ini first time berkunjung ke sini. Sebelum ni pernah menyantap di Pretz n' Beanz Solaris. Memang terkinja-kinja aku masa dapat offer ni, sebab dulu banyak menu yang tak sempat aku rasa hehe , terutama dessert...so kali ni akan ku rasa dan share dengan korang ok.

Pretz n Beanz, Bangsar
Tersenyum lebar bila nampak signboard tu, dalam kepala dah terimagine segala pretzel, pizza dan segala macam. Pretz n' Beanz memang aku suka bila sentuh bab dekorasi, kebersihan , keselesaan dan servis yang pantas. Korang automatik akan rasa selesa dan santai, mana taknya dengan susun atur meja dan kerusi yang baik, siap ada sofa kalau nak lebih santai. Luas juga, bagi yang ada anak-anak kecil macam aku, dont worry dorang bebas bergerak. Toilet pun bersih. Wifi pun laju. Servis pun mesra pelanggan dan cepat.



Ok berbalik pada promosi Jom Berbuka di Ramadahan Special, Pretz n' Beanz menawarkan harga serendah RM 38 sahaja , dan korang boleh makan semahu-mahunya segala menu ala-carte yang terdapat dalam menu. Selain daripada menu special seperti , Green Curry, Assam Pedas Fish dan Mutton Briyani. Kira lebih kurang macam buffet, tapi harga tersangat murah. Mana nak dapat dik oi menu western sampai 3 - 4 pinggan dengan harga RM 38 kan. Siap appertizer, main course dan desssert lagi. Tapi ingat ye JANGAN MEMBAZIR MAKANAN

  • Promosi hanya untuk semua menu ala-carte
  • Minuman percuma, boleh unlimited refill ( Bandung, Honey Lime, Iced Lemon Tea )
  • Kek special akan diberi percuma
  • Hanya untuk dine-in , tak boleh take-away
  • Harga per-pax , tak boleh kongsi
  • Harga tidak termasuk GST dan caj perkhidmatan
  • Setiap 100g pembaziran makanan akan dikenakan bayaran RM 5
  • Hanya sah pada hari Isnin- - Jumaat
  • Tidak sah pada hari minggu, Cuti Am dan sebagainya


Lucky Number 11 !!!!
Korang berpeluang makan free kalau korang bawak makan bersama 11 orang kawan. Wahhhh dah laman free, dapat makan semua menu lagi. Dasyat promosi dari Pretz n'd Beanz kan.



Menu makanan Pretz n Beanz

Menu minuman Pretz n Beanz

Baru tengok menu dah rambang mata, semua nampak sedap. Opppsss jangan gelojoh nanti membazir. Order satu - satu dulu nanti boleh tambah. Dan buah kurma pun ada disediakan bagi berbuka puasa.

Caramel Latte   RM 13

Cappucinno   RM 11

Iced Lemon Tea 
Watermelon Juice   RM 11.50
Lemon Breeze   RM 13.50

Cappucino tu memang best, berkrim, light je. Caramel latte tu bagi aku agak pahit sikit. Mungkin dah lama aku tak pekena latte. Yang juice buahan tu memang sedap, pure rasa buah yang segar . Oh yang lemon breeze tu adalah kombinasi epal, lemon dan honey . So rasanya agak masam, memang best bila pekena dengan makanan yang bercheesy dan berlemak nanti. 

Smoked Salmon Caesar Salad   RM 26.50

Pretzel Choclate Cookie Crunch   RM 8.50

Bagi appertizer kami order smoked salmon ceaser salad dan tentulah pretzel choclate Cookie Crunch . Tak Pretz n Beanz lah kalau tak pekena pretzel kan. Ok salad tu sesuai bagi yang nak diet, salad memang fresh, rangup dan yang penting salmon tu banyak dan ada rasa salai. cuma roti tu boleh potong kecil sikit kot. Macam banya je amaun nye. Pretzel segar, sedap, gebu....kena je bila kunyah...rangup coklat tu.

Royale Samon Egg Benedict   RM 28.50


Royale Salmon Egg Benedict ni lah antara menu yang aku kepingin sesangat. Sampai senget muka ha. Xtually menu ni untuk menu breakfast tapi disebabkan permintaan meriah, so korang boleh order pada bila - bila masa sahaja . Suami kata banyaknya hehe. Haah bagi yang tak kuat makan, makan sepinggan ni je, sure korang kenyang sebab banyak. Ada salad yang segar lagi rangup, ada 2 roti bun yang panas diapait dengan kepingan salmon salai dan ditindih 2 biji telur yang kuning telurnya half-cook . Belum habis lagi..... topping pulak dengan keju yang mencair....memang ROYALE habaq hang hehe


Cheesy Mushroom Chicken Baked Rice   RM 16.10


Bagi yang tak boleh kalau tak makan nasi, macam suami aku...jangan risau , korang boleh cuba menu ni. Sorang pun boleh habis. Sedap. Makan pepanas barulah cheese tu melting gitu. Walaupun kaya dengan cheese, ia tak memuakkan pun, sebab balance dengan rasa cendawan dan ayam yang juicy dan moist tu. Tekstur nasi pun ok. Sampai tak perasan aku menyudu juga dish ni keke. Sedap weyyy

Carbonara With Chicken Slice   RM 26.50

Chicken Hawaiian 
7 inch   RM 10
17 inch   RM 24.50

Kedua dish ni, adalah permintaan my kids. Dorang memang peminat pasta dan pizza. Tapi mak bapak dorang pun join juga. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh makan semua ni. Sedap.  tu sedap, al-dente soo dia pun sedap, kira tak lembik macam sesetengah tempat. Ayam pun meriah. Rasa carbonara tu memang best. Pizza ada saiz besar juga, tapi kami order yang kecil je, ada 4 slice. Kids kongsi dua orang. Roti lembut, ada crust sikit yang pentng tak kedekut cheese.

Assam Pedas Fish

Mutton Briyani

Kedua dish istimewa ni hanya disediakan pada promosi Ramadhan Special sahaja. Rugi korang tak cuba. Briyani tu memang cukup semua rempah, tender, juicy je dagingnya. Nasinya pun perui je. Portion pun cute, korang gerenti boleh habiskannya. Assam pedas fish tu agak masam sikit kot. Tapi kalau tak masam, bukan asam pedaslah namanya kan hehe. Yang penting, tulang ikan tak bersepah haha.

Volcano Choclate Cake   RM 14

Blueberry Cheese Cake   RM 18


Rainbow Chilled Cheese Cake    RM 13.10

Waffle With Ice Cream   RM 13



Volcano Choclate Cake ni MasyaAllah meriahnya rasa coklat, bahagian luar tu rangup je, bila potong mencair, meleleh coklat keluar. Makan pula dengan aiskrim. Blueberry Cheese Cake memang heaven sesangat, walaupun harga agak mahal, tapi saiznya agak besar, rasa cheese berkualiti tu memang berbeza tau. Dia punya topping blueberry tu....yummmmy...tak masam sangat...tak mani sangat. Just nice. Yeahhhh Rainbow Chilled Cheese Cake cantik dimata sedap di tekak hehe. Tengok muka si Bella tu, craving je ngadap kek tu hehe. Memang gebu kek ni dan yang penting, ianya cheese hehe. Tapi maintain tak muak ok. Waffle With Ice Cream   RM 13 fav si Adam Darwiish hehe. Ice cream tu boleh request nak flavour coklat, vanilla atau strawberry. Kami pilih coklat. Waffle tu tak macam waffle biasa tau. Gebu semcam, walaupun tebal tetap rangup bahagian luar. Seronok kami makan hahah.

So recommended sangat bagi korang yang tercari - cari lokasi berbuka dengan harga murah, tapi boleh makan sampai lebam. Menu melayu dan westen semua ada. Semuanya lazat dan mengenyangkan. Selain suasana tenang, santai dan servis yang bagus. Cuma parkir kena pandai cari ok. 


Blogger meets blogger :)





Pretz n' Beanz Cafe


Bangsar :
9, Jalan Telawi 2, 
Bangsar Baru, 
59100 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia


Solaris :
Jalan Solaris 4, 
Solaris Mont Kiara, 
50480 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Facebook :











11 comments:

  1. heheh menu air kita sama jer 3 tu kan..

    ReplyDelete
  2. Menarik gak menu berbuka ni tapi lokasinya jauh pulak..huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la jauh sikit, tapi berbaloi, makan macam2 harga murah hehe

      Delete
  3. waa....murahnyee! nk g jenguk2 la kt solaris tu ! huhu

    ReplyDelete
  4. murah ye..msksnsn pun menyelersksn

    ReplyDelete
  5. alaaaa...I went a month earlier..but yes! I agree..Royale Salmon Egg Benedict is my favourite too...nak pergi lagi and order yang tu jugak...

    ReplyDelete
  6. Murah dan nampak menyelerakan..! Salam Ramadan sis. Reen follow blog sis.. Follow Reen ya.

    ReplyDelete
  7. semua pakat kata tempat ni best. jiha je tak sampai lagi. anyway semalam kita ada jumpa dkt peariz :)

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign